Martabatkan Bahasa Melayu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Mari Bersama Memartabatkan Bahasa Melayu

Monday, 13 May 2013

HARI GURU 2013

HARI GURU DATANG LAGI..... 16 MEI 
TEMA HARI GURU 2013
           GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
 
Puisi : Guru Oh Guru 
 
(SN Usman Awang)

                 Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU MALAYSIA.....

Saturday, 11 May 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2013...


12 Mei 2013 tarikh sambutan hari Ibu 2013 di Malaysia
Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu.  Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013
Kenapa perlu sambut Hari Ibu?
Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.  Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya

wallpaper selamat hari ibu 2013 tarikh sambutan hari ibu 2013 di malaysia dan hukum

UNTUK IBU YANG DISAYANGI.....



Sunday, 5 May 2013

Memartabatkan Bahasa Melayu

Antara usaha yang diambil kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu ialah :

1.   Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan   pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. 

2.   Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan  yang merupakan  sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini.

3.   Penyediaan dana kerajaan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM2 juta untuk menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.

4.    Menteri, timbalan menteri serta pemimpin pada peringkat negeri digalak bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan di samping berusaha memberi pesanan ringkas mengenai kepentingan masyarakat mempertahankannya sebagai bahasa rasmi negara. 



Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.


 

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa....bacaan seterusnya SILA LAYARI BLOG BAHASA di bawah:


 

KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN BAHASA YANG KERAP BERLAKU


Contoh bahasa ringkas SMS yang sering digunakan
Bahasa terlarang 

 Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah. Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).
Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

Sumber:   http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahasaterlarang/Article/

Saturday, 4 May 2013

MALAYSIA MEMILIH 2013

ANDA LAYAK MENGUNDI?
http://hiburan.my/wp-content/uploads/2013/04/Mengapa-Perlu-Mengundi-Prof-Doktor-Muhaya.jpg
  • Penamaan Calon – 20 April 2013 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal – 30 April 2013 (Selasa)

Wednesday, 1 May 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

KEPADA SEMUA YANG BEKERJA....


“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI :

Followers