Ujian Penulisan Bahasa Melayu adalah mata pelajaran wajib
yang diambil oleh setiap murid Tahun 6. Tempoh masa ujian ini selama 1jam
15 minit. Setiap murid dikehendaki menjawab satu soalan daripada bahagian A, B
dan C.
BAHAGIAN A: Memindahkan maklumat
1. Untuk menjawab soalan ini, haruslah meneliti dan memahami gambar atau bahan rangsangan.
2. Fahami idea keseluruhan tentang gambar tersebut.
3. Kenal pasti aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang digambarkan dalam gambar.
4. Bina ayat dengan selengkapnya. Pastikan ayat-ayat kamu gramatis dan tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca.
5. Sekiranya terdapat watak tertentu yang digambarkan dalam gambar boleh namakan watak tersebut.
6. Nomborkan ayat-ayat kamu.
7. Setelah siap membina ayat-ayat tersebut, semak ayat-ayat kamu itu semula supaya tiada kesalahan dari segi ejaan penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca.
BAHAGIAN B: Penulisan Berformat dan Tidak Berformat.
1. Dalam bahagian ini, kamu dikehendaki menjawab 1 soalan daripada 3 soalan yang dikemukakan.
2. Sebelum memilih tajuk karangan, bacalah dengan teliti tajuk-tajuk karangan yang diberikan.
3. Pilih tajuk yang benar-benar kamu dapat kuasai supaya kamu dapat menghuraikan sesuatu tajuk itu dengan padat dan tepat.
4 Selain itu, kamu juga harus tahu bentuk dan format karangan untuk soalan yang dipilih. Jangan memilih tajuk karangan yang kamu tidak pasti bentuk formatnya.
5. Untuk mengenal pasti bentuk dan format karangan, kamu disarankan agar mencari kata kunci soalan tersebut:
Contohnya:
a. Bahaskan tajuk
b. Terangkan cara-cara
c. Bincangkan pendapat
d. Gambarkan
e. Ceritakan pengalaman kamu
f. Tulis sepucuk surat
g. Akhiri karangan
h. Melengkapkan karangan
6. Sebelum menulis karangan, kamu digalakkan supaya menyediakan rangka karangan bagi menghasilkan karangan yang baik.
7. Rangka karangan itu mestilah mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan-perenggan isi dan perenggan penutup.
8. Perenggan pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang tajuk dan mestilah menarik minat pembaca.
9. Perenggan isi mempunyai beberapa perenggan dan setiap perenggan mestilah mengandungi satu isi di samping huraian.
10. Perenggan penutup ialah kesimpulan keseluruhan isi atau tajuk.
11. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
12. Semak semula karangan apabila kamu selesai menulis supaya tidak mempunyai apa-apa kesalahan.
BAHAGIAN C: Membina Ulasan
1. Soalan ini mengkehendaki kamu memberi maklum balas, memberi pandangan atau menyatakan pendapat tentang situasi atau persoalan yang dikemukakan dalam petikan.
2. Kamu haruslah memahami kehendak soalan yang diberikan berdasarkan arahan sebelum menjawab soalan.
3. Kamu dikehendaki membuat ulasan dalam bentuk satu perenggan yang panjangnya tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
4. Gunakan penanda wacana yang sesuai bagi menyambung isi-isi utama.
5. Setelah siap membuat ulasan, kamu perlu menyemak ulasan kamu semula. Pastikan ayat-ayat kamu gramatis, tepat dan tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca.
1. Untuk menjawab soalan ini, haruslah meneliti dan memahami gambar atau bahan rangsangan.
2. Fahami idea keseluruhan tentang gambar tersebut.
3. Kenal pasti aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang digambarkan dalam gambar.
4. Bina ayat dengan selengkapnya. Pastikan ayat-ayat kamu gramatis dan tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan tanda baca.
5. Sekiranya terdapat watak tertentu yang digambarkan dalam gambar boleh namakan watak tersebut.
6. Nomborkan ayat-ayat kamu.
7. Setelah siap membina ayat-ayat tersebut, semak ayat-ayat kamu itu semula supaya tiada kesalahan dari segi ejaan penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca.
BAHAGIAN B: Penulisan Berformat dan Tidak Berformat.
1. Dalam bahagian ini, kamu dikehendaki menjawab 1 soalan daripada 3 soalan yang dikemukakan.
2. Sebelum memilih tajuk karangan, bacalah dengan teliti tajuk-tajuk karangan yang diberikan.
3. Pilih tajuk yang benar-benar kamu dapat kuasai supaya kamu dapat menghuraikan sesuatu tajuk itu dengan padat dan tepat.
4 Selain itu, kamu juga harus tahu bentuk dan format karangan untuk soalan yang dipilih. Jangan memilih tajuk karangan yang kamu tidak pasti bentuk formatnya.
5. Untuk mengenal pasti bentuk dan format karangan, kamu disarankan agar mencari kata kunci soalan tersebut:
Contohnya:
a. Bahaskan tajuk
b. Terangkan cara-cara
c. Bincangkan pendapat
d. Gambarkan
e. Ceritakan pengalaman kamu
f. Tulis sepucuk surat
g. Akhiri karangan
h. Melengkapkan karangan
6. Sebelum menulis karangan, kamu digalakkan supaya menyediakan rangka karangan bagi menghasilkan karangan yang baik.
7. Rangka karangan itu mestilah mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan-perenggan isi dan perenggan penutup.
8. Perenggan pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang tajuk dan mestilah menarik minat pembaca.
9. Perenggan isi mempunyai beberapa perenggan dan setiap perenggan mestilah mengandungi satu isi di samping huraian.
10. Perenggan penutup ialah kesimpulan keseluruhan isi atau tajuk.
11. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
12. Semak semula karangan apabila kamu selesai menulis supaya tidak mempunyai apa-apa kesalahan.
BAHAGIAN C: Membina Ulasan
1. Soalan ini mengkehendaki kamu memberi maklum balas, memberi pandangan atau menyatakan pendapat tentang situasi atau persoalan yang dikemukakan dalam petikan.
2. Kamu haruslah memahami kehendak soalan yang diberikan berdasarkan arahan sebelum menjawab soalan.
3. Kamu dikehendaki membuat ulasan dalam bentuk satu perenggan yang panjangnya tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
4. Gunakan penanda wacana yang sesuai bagi menyambung isi-isi utama.
5. Setelah siap membuat ulasan, kamu perlu menyemak ulasan kamu semula. Pastikan ayat-ayat kamu gramatis, tepat dan tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca.
Contoh :
- Melancong
- Gotong-royong
- Membantu Jiran
- Balik Kampung
- Keluarga Saya
- Perayaan
Contoh :
- Hari Anugerah / Sukan
- Gorong-royong
- Komputer
- Perkhemhan
- Pertandingan
- Lawatan
Contoh :
- Hidup Berjiran
- Rumah Terbuka - Perayaan
- Gotong-royong
- Alam Sekitar
- Bersukan
- Memupuk Perpaduan
Teknik : SMAD 3B
Teknik Merangka Karangan ( 2 )
Teknik : 7S
- Sekolah
- Sabtu
- Sebelum
- Semasa
- Suasana
- Selepas
- Sangat ( harapan)
Teknik : Macam mana ye ?
Contoh:
Tajuk : Pengalaman Melawat Tempat Bersejarah
Buat apa semasa dalam perjalanan ? ( Kata Kerja )
- melihat pemandangan sepanjang perjalanan
- mengambil gambar di tempat yang dilawati
BERIKUT BEBERAPA CONTOH PELBAGAI KARANGAN UNTUK DIJADIKAN CONTOH DAN PANDUAN.
KARANGAN BERFORMAT
|
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
|
· Surat
Kiriman Rasmi
· Surat
Kiriman Tidak Rasmi
· Ucapan
· Syarahan
· Dialog
/ Temuramah / Perbualan / Wawancara
· Berita
· Catatan
Diari
· Laporan
· Perbahasan
· Jemputan
|
· Karangan
Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
· Karangan
Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
· Karangan
Fakta / Penerangan
· Karangan
Perbincangan
· Karangan
Melengkapkan Cerita
· Karangan
Autobiografi / Biografi
· Karangan
Peribahasa
|
KARANGAN CATATAN
Panduan
Umum
·
Terbahagi kepada dua iaitu
catatan harian dan perjalanan atau peristiwa.
·
Catatan dalam sehari mesti
mempunyai hari, tempoh masa dan seterusnya susunan waktu kejadian.
·
Catatan yang lebih dari sehari
mestilah dinyatakan hari, bulan dan tahun.
·
Isi yang dicatat hendaklah
terdiri daripada perkara-perkara yang penting sahaja.
·
Tarikh dan hari ditulis dahulu
di atas perenggan peristiwa yang ingin dicatatkan. Tulis tarikh dan hari di
sebelah kiri.
·
Gunakan ayat yang ringkas.
Contoh karangan: (lebih dari sehari) Pada cuti sekolah yang lalu, Azli sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands. Baca catatan yang ditulis oleh Azli.
Isnin,
26 Mei 2012
Bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00
pagi. Pukul 11.15 pagi singgah di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bersarapan
roti canai dan minuman panas sebelum meneruskan perjalanan. Singgah di
Hentian Rehat dan Rawat Tapah pada pukul 2.00 petang. Makan tengah hari,
bersolat dan berehat. Setelah kira-kira dua jam berada di Tanah Rata,
daftar masuk hotel di Brinchang.
Selasa, 27 Mei 2012
Berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian
(MARDI) di Tanah Rata. Hebatnya Malaysia, turut memajukan penanaman
sayuran-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Sayur-sayuran seperti kubis
dan tomato ditanam di bawah bumbung plastik. Turut melawat ke tempat tanaman
strawberi dan tempat bunga mawar di sekitar Brinchang.
Rabu, 28 Mei 2012
Daftar keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari.
Dalam perjalanan pulang, singgah di ladang teh. Semasa di Ringlet, ibu dan
ayah membeli sayur-sayuran, manakala kakak membeli beberapa kuntum bunga
teuki. Perjalanan melalui jalan yang berliku memang meletihkan tetapi pengalaman
itu tetap menarik. Singgah berehat di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.
Meneruskan perjalanan pulang. Tiba di rumah pada pukul 8.20 malam.
|
KARANGAN PERBINCANGAN /
PENDAPAT
Panduan Umum
·Karangan
jenis perbincangan mempunyai kata kunci yang ketara, iaitu “bincangkan”,
“huraikan”, atau “bersetujukah”.
·Karangan
jenis ini memerlukan kamu menegaskan pendirian yang selari dengan tajuk dalam
bahagian penutup.
·Kata
kuncinya bermula dengan “pada pendapat
kamu” atau “pada pandangan kamu”.
·Kenal pasti
kehendak soalan sama ada kamu diminta membincangkan hujah yang menyokong
tajuk atau membangkang tajuk atau kedua-duanya seperti dalam karangan yang
mempunyai kata kunci“kebaikan” dan “keburukan”.
Contoh karangan:
Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke
sekolah. Bincangkan faedah-faedah membawa bekalan makanan ke sekolah.
Anis mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi
goreng. Kemudian, dia meletakkan sebotol air sirap yang dibawanya dari rumah.
Anis menikmati bekalan yang dibawanya di kantin bersama rakan-rakannya pada
waktu rehat.
Antara kebaikan membawa
bekalan makanan dan minuman dari rumah seperti yang dilakukan oleh Anis ialah
dia tidak perlu membuang masa beratur di kantin untuk membeli makanan dan
minuman. Dia juga dapat makan dengan selesa tanpa perlu berebut-rebut dengan
rakan-rakannya yang lain.
Selain itu, kita dapat
menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibu bapa. Kita dapat menabung wang
saku untuk membeli buku dan peralatan sekolah tanpa menyusahkan ibu bapa.
Dangan membawa bekalan
makanan dan minuman pada setiap hari, murid-murid dapat terhindar daripada
kes keracunan makanan yang sering berlaku di sekolah. Kesihatan murid-murid
juga terjamin.
Di samping itu, membawa
bekalan makanan ke sekolah melatih kita menyimpan wang secara rutin. Kita
dapat menyemai sikap berjimat cermat dan membeli barang jika perlu sahaja.
Seharusnya, ibu bapa
melatih anak-anak berjimat cermat dengan membiasakan anak-anak membawa
bekalan makanan ke sekolah. Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang, bahkan
menjamin kesihatan anak-anak.
|
KARANGAN AUTOBIOGRAFI
PANDUAN UMUM
· Karangan
jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih
menarik.
· Autobiografi
bermaksud penulisan karangan tentang sesuatu benda atau haiwan yang diberi
nyawa dan perasaan seperti manusia. Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
· Unsur
nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan
karangan ini lebih menarik.
· Isi
karangan mestilah logic, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.
Contoh karangan:
Tulis karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kamus”.
Aku bersyukur kerana
dilahirkan sebagai sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku
berbentuk empat segi. Aku tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal
empat sentimeter. Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.
Rumah kedua aku ialah
Kedai Buku Popular. Wah, banyak betul rakanku di kedai ini! Mereka ialah
rakan kamusku. Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai
syarukat penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku
dibeli oleh seorang murid perempuan bernama Yu Shi Ting dengan harga RM28
senaskhah.
Rumah ketigaku adalah di
rumah tuan baruku. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Yi Shi
Ting seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk
perkataan yang sukar. Kadangkala Yu Shi Ting membawaku ke sekolah.
Cikgu Debby Kong selalu
memuji sikap Yu Shi Ting yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak
ramai murid yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah
tentu aku akan menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk
meningkatkan kefahaman perbendaharaan kata.
Kini, Yu Shi Ting telah
menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu
setianya walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat
lamanya yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang
terbaik untuknya.
|
KARANGAN SYARAHAN
PANDUAN
UMUM
· Teliti kehendak
soalan sama ada memerlukan kamu menulis karangan syarahan berbentuk
pertandingan atau bukan pertandingan.
· Format
isi syarahan terbahagi kepada tiga bahagian,
iaitu:
( i )
Pendahuluan dengan kata alu-aluan yang sesuai dengan hadirin.
(ii)
Isi-isi syarahan mestilah bernas dan berkaitan dengan tajuk. Dahulukan isi
penting
dan diikuti isi sampingan.
(iii)
Penutup syarahan diakhiri dengan penghargaan, penegasan, ucapan salam dan
terima kasih.
· Masukkan
analogi atau peribahasa supaya hujah kamu menjadi lebih menarik.
Contoh karangan:
Kamu
diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan
Murid”.
Sediakan
teks syarahan kamu selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, rakan-rakan, dan
hadirin yang dimuliakan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Kepentingan Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan Murid”.
Sesungguhnya, kecemerlangan seseorang murid amat berkait rapat dengan disiplin
kendirinya.
Rakan-rakan
yang dihormati,
Cuba kita lihat rakan-rakan kita yang cemerlang dan ukur pula disiplin
mereka. Jawapan yang pasti kita peroleh ialah murid yang cemerlang mempunyai
disiplin diri yang tinggi. Mereka bijak menguruskan masa, rajin mengulangkaji
pelajaran, dan sentiasa mematuhi peraturan.
Jika kita membandingkan murid yang cemerlang dengan murid yang sering ponteng
sekolah atau murid yang sentiasa melanggar peraturan sekolah, sudah tentu
pencapaian akademik mereka sungguh berbeza. Murid yang bermasalah tidak
berminat untuk mengikuti pelajaran dan sering mengganggu rakan dan guru.
Nilai disiplin mereka berada pada tahap sifar.
Begitu juga dengan murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum jika mereka
bijak membahagikan masa sudah tentu mereka juga boleh berjaya. Hal ini kerana
disiplin diri yang tinggi dapat menjamin kejayaan.
Perbezaan latar belakang tidak menjadi ukuran, sama ada murid itu datangnya
daripada golongan kaya atau miskin. Jika mereka mempunyai disiplin yang
tinggi, mereka pasti akan berjaya. Murid yang berdisiplin amat disenangi
guru-guru dan rakan-rakan. Mereka bersifat amanah dan bertanggungjawab
terhadap tugas yang diberikan.
Warga
dewan yang budiman,
Sesungguhnya, nilai disiplin dan kecemerlangan amat berkaitan dalam membentuk
insan murid. Gilaplah nama kita sebagai murid yang cemerlang dan berdisiplin
kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama”.
|
KARANGAN TINDAKAN
PANDUAN UMUM
· Kamu
mesti jelaskan sekurang-kurangnya empat tindakan yang kamu lakukan berhubung
dengan tajuk yang dikemukakan.
·
Gunakan
kata kerja yang menggambarkan tindakan pelaku; seperti melaporkan, mencadangkan,
menghubungi, mendapatkan maklumat, bermesyuarat dan sebagainya.
·Lebih
banyak tindakan adalah lebih baik. Walaubagaimanapun, tindakan yang diambil
mestilah logik dan bersesuaian dengan tajuk.
· Susun
peristiwa yang berlaku mengikut urutan.
· Pada
bahagian penutup, cerita hendaklah diselesaikan hingga akhir dan jangan biarkan
cerita itu tergantung.
Contoh karangan:
Kamu telah dirawat di hospital selama dua minggu
kerana disahkan oleh doctor menghidap demam denggi.
Tuliskan tindakan yang kamu lakukan supaya tidak
ketinggalan dalam pelajaran.
Jarum jam seakan-akan tidak
bergerak sepanjang aku berada di wad hospital. Hari pertama berada di
hospital seolah-olah sudah sebulan masa berlalu. Aku telah dimasukkan ke wad
hospital selepas mendapatkan rawatan kerana demam berlarutan. Doctor
mengesahkan aku menghidap demam denggi.
Aku sempat berpesan kepada ibu sepaya membawakan buku-buku
sekolah semasa ibu melawatku pada tengah hari itu. Aku akan tetap mengulang
kaji pelajaran walaupun keadaan diriku agak lemah. Hal ini demikian kerana
peperisaan UPSR hanya tinggal sebulan.
Aku juga meminta ibu membawa telefon bimbit kerana aku
perlu menghubungi rakan-rakan untuk
bertanyakan hal pelajaran. Aku tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran
walaupun sehari.
Selain itu, aku menyuruh ibu ke rumah Ana untuk membuat salinan
nota serta latihan yang diberi oleh cikgu. Walaupun badanku masih lemah
tetapi aku kuatkan semangat untuk belajar.aku tidak mahu ketinggalan dalam
pelajaran.
Hari-hari aku di wad
lebih ceria apabila dikunjungi rakan-rakan sekelas. Dalam pada itu aku turutbertanyakan hal pelajaran kepada mereka. Aku
juga meminta jasa baik mereka
menghantar tugasan yang telah aku siapkan semasa berada di wad.
Akhirnya,dua minggu
telah berlalu. Aku keluar dari hospital setelah benar-benar sihat. Aku amat
rindu untuk kembali ke sekolah dan perkara yang paling penting ialah aku
dapat mengikuti pelajaran seperti biasa. Aku akan bertanyakan guru tentang mana-mana topik yang
aku tidak fahami. Sesungguhnya, aku tidak mahu ketinggalan langsung dalam
pelajaran!
|
maklumat yang berguna dan bermanafaat
ReplyDelete