1 Kata Hubung
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Contoh kata hubung ialah dan, atau, tetapi, lalu, sambil, serta, jika, kerana, sebab, apabila, kecuali, maka, sungguhpun, walaupun, sewaktu, semasa, tatkala selepas, walhal, malahan.
a) Dan digunakan untuk
menghubungkan subjek atau predikat.
- Nani makan nasi goreng dan sekeping roti sebelum pergi ke sekolah.
b) Atau/Sama ada digunakan untuk menunjukkan sesuatu pilihan.
- Johan hendak pergi jua ke situ sama ada dibenarkan atau tidak oleh kakaknya.
c) Tetapi digunakan untuk menunjukkan maksud yang berlawanan.
- Cikgu Hamid sangat garang tetapi beliau baik hati.
d) Lalu digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-
turut.
- Pak Majid mengambil sehelai kain batik lalu melilitnya di kepala.
e) Sambil/Serta digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan
pada masa yang sama.

-
Kakak menjahit sambil mendengar radio.
- Mila membaca serta menconteng sesuatu pada bukunya
f) Jika/Jikalau/Kalau digunakan untuk menerangkan sesuatu syarat.
- Adik akan merajuk jika/jikalau/kalau keinginannya tidak dipenuhi.
g) Sebab/Kerana digunakan untuk menjelaskan sesuatu.
- Ibu tidak bekerja hari ini sebab/kerana adik demam.
h) Sementara digunakan untuk menunjukkan maksud dalam pada itu
- Saya membaca surat khabar sementara menanti kedatangan Yusri.
i) Apabila digunakan untuk menunjukkan masa sesuatu perkara itu dilakukan.
- Puan Midah tersenyum apabila melihat suaminya pulang dari pejabat.
j) Kecuali/ Melainkan digunakan untuk menunjukkan pengecualian.
- Hashim menggemari semua jenis makanan laut kecuali/melainkan sotong.
k) Supaya/Agar digunakan untuk menunjukkan tujuan sesuatu perbuatan.
- Sayur-sayuran itu dimasukkan ke dalam peti sejuk agar/supaya tahan lebih

lama.
l) Maka digunakan untuk menyatakan maksud
setelah itu atau kerana itu.
- Kereta ayah rosak , maka dia terpaksa menumpang kereta kawannya untuk ke pejabat.

m) Sungguhpun/Walaupun/Meskipun digunakan untuk menunjukkan makna yang
bertentangan.
-
Alia tidak sombong sungguhpun/meskipun/walaupun dia cantik dan
pandai.
n) Manakala/Sementara digunakan untuk
menunjukkan masa atau hal yang
bertentangan.
- Hasnol suka bermain bola manakala Badrul suka bermain badminton.
0) Sewaktu/Semasa/Ketika/Tatkala digunakan untuk menunjukkan maksud 'pada

masa".
- Pencuri memasuki rumah Encik Aliman sewaktu beliau pulang ke kampung.
- Dia diculik semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
- Safuan akan menolong ibunya berniaga di warung tatkala musim cuti sekolah.
- Bas baru sahaja bertolak ketika kami sampai di perhentian bas.
p) Selepas/Setelah digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan

kemudian.
- Adam berehat sebentar di anjung rumah selepas/setelah selesai membaca.
q) Walhal digunakan untuk menunjukkan maksud 'pada hal'.
- Adli dirotan oleh Cikgu Fakri walhal bukan dia yang meniru dalam ujian

tersebut.
r) Malahan digunakan untuk menunjukkan maksud 'bahkan'.
- Ain bukan sahaja baik hati, malahan lemah lembut dan bersopan santun.

KATA
SERU
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk melahirkan
pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, marah, sakit, geram dan terkejut.
- Kata
seru biasanya digunakn dalam ayat seruan.
- Ayat
seru mempunyai kata seru ditandai dengan tanda seru(!) di akhir ayat.
Contoh ayat seru ialah aduh, cis, celaka, wah,
aduhai, amboi, oh, sh, syabas, wahai, hai, nah, dan kasihan.
a) Aduh
untuk menyatakan perasaan sakit.
Aduh, bisanya sengatan ikan keli ini!
b) Cis/Celaka untuk
melahirkan perasaan marah, benci, jijik.
Cis, sanggup engkau menganiaya darah daging engkau sendiri!
Celaka, kasut buruk aku pun dikebasnya!
c) Wah untuk
melahirkan perasaan gembira, terkejut atau hairan.
Wah, ramainya orang yang hadir pada malam ini!
d) Aduhai untuk
menunjukkan perasaan sedih atau hampa.
Aduhai, sampai hati engkau mengkhianati aku!
e) Amboi untuk
menunjukkan perasaan hairan atau mengejek.
Amboi, banyaknya pakaian yang engkau bawa!
f) Oh untuk
menunjukkan perasaan terkejut atau untuk merayu.
Oh ayah, kembalilah ke pangkuan kami!
g) Eh untuk
melahirkan perasaan terkejut atau hairan.
Eh, cepatnya engkau habiskan makanan itu!
h) Syabas/Tahniah untuk
melahirkan perasaan gembira dan untuk mengucapkan
tahniah.
tahniah.
Syabas/Tahniah , akhirnya engkau berjaya dengan cemerlang!
i ) Wahai untuk
menyatakan perasaan merayu atau untuk menarik perhatian.
Wahai adik-adikku, hargailah jasa ibu dan ayah yang telah bersusah
payah membesarkan kita!
j) Nah untuk
menyatakan perasaan marah atau geram.
Nah, ambik balik duit engkau!
k) Kasihan untuk melahirkan
perasaan simpati.
Kasihan, semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu!
KATA PERINTAH
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberi sesuatu perintah, larangan, silaan atau permintaan.
Kata perintah yang sering digunakan ialah jangan, usah, sila, jemput,
minta, tolong dan harap.
a) Jangan
- untuk menyatakan maksud 'tidak boleh' atau melarang seseorang daripada

berbuat sesuatu.
i. Jangan rendam baju merah ini dengan
baju-baju yang lain.
ii. Jangan biarkan makanan itu terdedah begitu.
b) Usah
- untuk menyuruh seseorang agar jangan melakukan sesuatu.
i. "Usahlah kamu bermasam muka dengannya lagi"nasihat Puan Intan kepada

anaknya.
ii. Usah awak berkawan dengan budak-budak yang nakal itu.
c) Sila
- untuk menyuruh dengan hormat supaya melakukan sesuatu.
i. Sila serahkan buku akaun anda untuk dikemas kini.
ii. Sila semak resit pembelian sebelum meninggalkan kaunter.

d) Jemput
- untuk mengajak atau mengundang
i. "Jemputlah masuk." pelawa ibu kepada tetamunya.
ii "Jemputlah duduk,saya ke dapur sekejap,"kata kakak kepada sahabatnya.
e) Minta
- menunjukkan maksud ' mahu akan sesuatu".
i. Minta murid-murid yang menerima hadiah naik ke pentas.
ii Minta hadirin sekalian berdiri semasa lagu Negaraku dinyanyikan.
f) Tolong
- untuk meminta bantuan dengan sopan
i. Tolong lap cermin ini dengan kain yang bersih.
ii. Tolong belikan saya sebuku sabun mandi jika kamu pergi ke kedai.
g) Harap
- menunjukkan maksud berhasrat untuk mendapatkan sesuatu atau meminta supaya terjadi

sesuatu.
i. Harap doktor dapat merawat penyakit anak saya.
ii. Harap bertenang kerana acara tersebut akan bermula pada bila-bila masa sahaja.

# Untuk Tambahan nota Tatabahasa, link dari blogger tertentu digunakan:
Terima kasih . Bahan ini boleh saya gunakan dalam P&p dengan berkesan
ReplyDeletemenarik....
ReplyDelete