PERIBAHASA
Peribahasa merupakan susunan kata yang
teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna. Peribahasa dibentuk atau
dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam
sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Oleh
sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan
padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai
turun-temurun .peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan
pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan untuk
mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
PERUMPAMAAN
Bagai aur dengan tebing
Maksudnya
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Ayat contoh
Penduduk kampung ini mengamalkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing.
Bagai bulan dipagari bintang
Maksudnya
kecantikan gadis yang tiada tolak bandingannya
kecantikan gadis yang tiada tolak bandingannya
Ayat contoh
Kecantikan anak gadis Mak Yam bagai bulan dipagari bintang.
Bagai bunyi cempedak jatuh
Maksudnya
bunyi jatuh yang kuat
bunyi jatuh yang kuat
Ayat contoh
Azril terjatuh dari pokok itu bagai bunyi cempedak jatuh.
Azril terjatuh dari pokok itu bagai bunyi cempedak jatuh.
Bagai dihiris dengan sembilu
Maksudnya
perasaan yang sangat pedih
perasaan yang sangat pedih
Ayat contoh
Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila dituduh mencuri wang itu.
Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila dituduh mencuri wang itu.
Bagai duri dalam daging
Maksudnya
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Ayat contoh
Perbuatan meniru dalam kalangan pelajar bagai duri dalam daging
Perbuatan meniru dalam kalangan pelajar bagai duri dalam daging
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksudnya
hanya mementingkan diri sendiri
hanya mementingkan diri sendiri
Ayat contoh
Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Bagai kacang lupakan kulit
Maksudnya
orang yang tidak tahu mengenang budi
orang yang tidak tahu mengenang budi
Ayat contoh
Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.
Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.
Bagai kuku dengan isi:
Maksudnya
sangat karib
sangat karib
Ayat contoh
Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.
Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.
Bagai kumbang putus tali
Maksudnya
amat cepat;terlepas daripada sengsara
amat cepat;terlepas daripada sengsara
Ayat contoh
Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.
Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.
Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksudnya
membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai
membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai
Ayat contoh
Janganlah kamu buat kerja ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.
Bagai menatang minyak yang penuh
Maksudnya
mendidik anak dengan penuh kasih sayang
Ayat contoh
Puan Mei Ling mendidik anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
Bagai murai tercabut ekor
Maksudnya
seseorang yang becok mulutnya
Ayat contoh
Mulut Mak Senah bagai murai tercabut ekor apabila memarahi anak-anaknya.
Bagai tikus membaiki labu
Maksudnya
hendak membetulkan barang yang tidak diketahui
Ayat contoh
Perbuatan Ravin bagai tikus membaiki labu apabila dia mencuba membaiki radio yang rosak itu.
Ibarat burung, mata lepas badan terikat
Maksudnya: tidak ada kemerdekaan
Ayat contoh
-Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.
Laksana burung diam dalam sangkar
Maksudnya: orang yang terikat hidupnya
Ayat contoh:
-Walaupun dia anak orang kaya, tetapi dirinya laksana burung diam dalam sangkar.
Laksana katak diharung ular
Maksudnya: lari bertempiaran dengan suara riuh rendah kerana ketakutan
Ayat contoh:
-Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang yang tidak siuman.
Laksana pohon kayu tidak berbuah
Maksudnya: ilmu yang tidak diamalkan
Ayat contoh:
-Lelaki itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana tidak mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya
Seperti anjing dengan kucing
Maksudnya: selalu bertegkar
Ayat contoh:
-Redzal dan Amsyar seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti bertengkar.
Seperti api dalam sekam
Maksudnya: perbuatan jahat atau demdam yang tersembunyi
Ayat contoh:
-Dia seperti api dalam sekam, niat jahatnya baru kini diketahui orang.
Seperti Belanda minta tanah
Maksudnya: diberi sedikit, lalu hendak minta banyak
Ayat contoh:
-Cukuplah dengan bahagian harta yang diberikan kepada kamu, janganlah menjadi seperti
Belanda minta tanah.
Seperti cacing kepanasan
maksudnya: selalu gelisah
-Ayat contoh:
Priya seperti cacing kepanasan kerana dia tertinggal buku latihan Matematiknya di rumah.
Seperti cincin dengan permata
Maksudnya : Jodoh yang sesuai benar
Ayat contoh :
-Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata .
Seperti delima merekah
Maksudnya : Mulut dan gigi yang bagus.
Ayat contoh :
-Peragawati itu sungguh cantik , Mulutnya seperti delima merekah .
Seperti embun dihujung rumput .
Maksudnya : Kasih sayang yang lekas hilang .
Ayat contoh :
-Kasih sayang Azhan kepada isterinya seperti embun dihujung rumput apabila dia
meninggalkan isterinya lalu mengahwini gadis lain .
Seperti gergaji dua mata
Maksudnya : Mencari keuntungan dari kedua-dua belah pihak.
Ayat contoh :
- Dia cepat menjadi kaya kerana bersikap seperti gergaji dua mata .
Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksudnya: nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
Ayat contoh:
-Nasihat yang saya berikan kepada Linggam itu seperti hujan jatuh ke pasir saja kerana dia
tidak ambil peduli langsung.
Seperti kaca terhempas ke batu
Maksudnya: hati yang hancur kerana amat dukacita
Ayat contoh:
-Hati ibu tua itu seperti kaca terhempas ke batu apabila anak-anaknya tidak mengandahkannya
lagi.
Seperti kera mandapat bunga
Maksudnya: seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Ayat contoh:
-Tini bersikap seperti kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai hadiah yang
diberikan oleh kawan-kawannya.
Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksudnya: orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang lain
Ayat contoh:
-Kamu harus tegas, janganlah jadi seperti kerbau dicucuk hidung.
Seperti langit dengan bumi
Maksudnya: banyak sekali bezanya
-Ayat contoh:
Walaupun Irdini dan Irniza adik-beradik, tetapi kelakuan mereka seperti langit dengan bumi.
Seperti lipas kudung
Maksudnya: selalu bergerak dengan cepat;selalu sibuk berkerja
-Ayat contoh:
Gadis itu bekerja seperti lipas kudung
Seperti pahat dengan penukul
Maksudnya: saling membantu
Ayat contoh:
-Penduduk kampung itu bekerja seperti pahat dengan penukul untuk membersihkan kawasan kampung.
Seperti tikus jatuh di beras
maksudnya: suka dan senang sekali
Ayat contoh:
-Kehidupan Najwa seperti tikus jatuh di beras apabila berkahwin dengan anak orang kaya itu.
LATIHAN
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kami terkejut mendengar bunyi yang amat kuat di atas bumbung rumah , ________________________ ( bagai melepaskan batuk di tangga , bagai bunyi cempedak jatuh )
2. Nasihat daripada rakan-rakannya itu langsung tidak dihargainya _____________________________________(seperti hujan jatuh ke pasir , seperti api dalam sekam )
3. Pengemis itu hidup susah dan melarat _______________________________________________
( bagai pungguk rindukan bulan , seperti rumput di tepi jalan )
4. Dollah dan Rahmat yang sudah bertahun-tahun berselisih faham itu , akhirnya telah berdamai _________________________________________( nasi sudah menjadi bubur , air di cincang tiada putus )
5. Hati Mak Milah hancur apabila menerima berita kemalangan anaknya __________________________________ ( seperti tikus jatuh ke riba , seperti kaca terhempas ke batu )
6. Muka Mira ______________________________________kerana terlalu lama di tengah padang itu . ( seperti udang di bakar , seperti lintah menghisap darah )
7. Mak Limah sentiasa pantas membuat kerja-kerja rumah. Dia_____________________________
( seperti batu di pulau , seperti lipas kudung )
LAYARI WEB : Permainan Simpulan Bahasa
LAIN-LAIN...
Antara simpulan bahasa yang sering digunakan
1. ada angin - sikap seseorang yang berubah-ubah
LAIN-LAIN...
Antara simpulan bahasa yang sering digunakan
1. ada angin - sikap seseorang yang berubah-ubah
2. ada hati -
ingin akan sesuatu
3. ada jalan
- mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah
4. air muka -
rupa yang menggambarkan perasaan
5. alas
perut - makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
6. ajak-ajak
ayam - pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh
7. anak
bapak - anak lelaki yang berani atau yang menjadi kesayangan
8. ambil
angin - bersiar-siar
9. anak
angkat - anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
10. angkat
kaki - meninggalkan sesuatu tempat
11. banyak
mulut - seseorang yang suka bercakap
12. bawa
diri - menjaga dan menyesuaikan diri dengan keadaan
13. bawa
mulut - menceritakan hal orang lain
14. berat
hati - enggan atau berasa kurang senang
15. bermandi
peluh - bertungkus lumus bekerja
16. berat
sebelah - menyebelah satu pihak sahaja; tidak adil
17. berbesar
hati - berasa bangga atau gembira
18. berputih
mata - mendapat malu, kecewa kerana tidak mendapat sesuatu keinginan
19. bidan
terjun - menggantikan orang lain dalam sesuatu perkara pada saat-saat
akhir
20. bawa
mulut - menceritakan hal orang lain
21. cahaya
hidup - peluang dan harapan
22. cahaya
mata - anak
23. cakap
besar - kata-kata yang menunjukkan sikap suka memuji
24. cakar
ayam - tulisan tangan yang buruk
25. campur
tangan - melibatkan diri dalam sesuatu hal
26. celik
huruf - dapat membaca dan menulis
27. cepat
tangan - suka mencuri
28. cukup
bulan - akhir bulan
29. curi
tulang - tidak melakukan kerja
30. dalam
tangan - sudah tentu dapat
31. durian
runtuh - mendapat keuntungan atau rezeki secara tiba-tiba
32. darah gemuruh
- mudah gugup atau cemas apabila menghadapi sesuatu keadaan
33. darah
daging - saudara atau keluarga sendiri
34. daki
dunia - harta yang diperoleh semasa hidup tidak dapat dibawa mati
35. ekor
mati - sudut mata kiri atau kanan yang di sebelah luar
36. embun
jantan - embun yang besar titiknya dan turun pada waktu malam
37. fajar menyinsing
- hari mulai pagi
38. fasih
lidah - lancar dan petah berkata-kata
39. gaji
buta - menerima upah tetapi tidak melakukan perkajaan yang sepatutnya dilakukan
40. gelap
mata - pitam atau lupa akan diri akibat terlalu marah atau terpengaruh oleh
sesuatu
41. kuku
besi - pemerintah yang zalim
42. hidung
belang - lelaki yang suka menggoda perempuan
43. hidung
tinggi - sombong
44. harga
mati - harga tetap dan tidak boleh di tawar- tawar lagi
45. jauh
hati - tersinggung
46. jejak
langkah - mengikut tindakan seseorang
47. iri hati
- dengki atau cemburu
48. juling
air - mata yang juling sedikit
49. isi hati
- perasaan
50. jalan
buntu - tidak mendapat kata sepakat atau tidak dapat menyelesaikan masalah
51. kaki
bangku - tidak pandai bermain bola sepak
52. kacang
hantu - nakal dan suka mengganggu orang lain
53. kaki
ayam - tidak memakai kasut atau alas kaki
54. kaki
botol - suka minum arak atau minuman keras
55. kata
putus - kata yang menentukan sesuatu perkara
56. kerang
busuk - asyik tersenyum
57. kepala
batu - degit atau tidak mahu mendengar nasihat
58. khabar
angina - berita yang belum pasti kebenarannya
59. langkah
kanan - bernasib baik
60. langkah
kiri - tidak bernasib baik ; malang
61. lepas
tangan - tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu hal
62. lidah
bercabang - kata-kata yang tidak boleh dipercayai
63. lintah
darat - mengambil keuntungan secara berlebihan
64. lipas
kudung - membuat kerja dengan cepat
65. lidah
biawak - percakapan yang berubah-ubah dan tidak tetap
66. makan
garam - banyak mempunyai pengalaman
67. makan
hati - kecewa akan perbuatan seseorang
68. makan
suap - menerima rasuah
69. mandi
kerbau - mandi tanpa membersihkan tubuh
70. minta
diri - memohon kebenaran untuk pulang
71. muka
tembok - tidak tahu malu
72. mulut
murai - suka bercakap dan membuat bising
73. naik
angina - berasa marah
74. orang gaji
- pembantu rumah
75. pasar gelap
- tempat urusan jual beli barangan secara haram
Bahan ini menambah pengetahuan saya. jumpa lagi...
ReplyDelete