1. Penggolongan kata.
Ø
Kata nama
Ø
Kata ganti nama
Ø
Kata kerja
Ø
Kata adjektif
Ø
Kata hubung
Ø
Kata sendi nama
Ø
Kata keterangan
Ø
Kata bilangan
Ø
Penjodoh bilangan
Ø
Kata seru
Ø
Kata perintah
Ø
Kata pemeri
Ø
Kata penegas
Ø
Kata nafi
Ø
Penanda wacana
2. Pembentukan kata
Ø
Pengimbuhan (imbuhan)
Ø
Penggandaan (kata ganda)
Ø
Pemajmukan (kata majmuk)
3. Kosa kata
Ø
Kata seerti (Sinonim)
Ø
Kata berlawan (Antonim)
Ø
Kata hampir sama makna (Polisim)
Ø
Kata banyak makna.
4. Peribahasa
Ø
Simpulan bahasa
Ø
Perumpamaan
Ø
Pepatah
Ø
Bidalan
]5. Pembinaan ayat
Ø
Memilih jawapan bagi soalan yang diberikan
Ø
Memilih soalan bagi jawapan yang diberikan
Ø
Memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
6.Kesalahan umum Tatabahasa
Ø
Memilih ayat yang betul penggunaan katanya
Ø
Memilih ayat yang betul struktur dan tatabahasanya
Ø
Memilih ayat yang betul menggunakan kata banyak makna
SOALAN 31-40: Kemahiran Membaca dan Memahami
1 Terdapat
2 petikan pemahaman yang pelbagai jenis dikemukakan.
2 Setiap
petikan akan diikuti dengan 5 soalan pelbagai aras. Dengan ini, terdapat 10 soalan dalam bahagian ini.
3 Soalan-soalan
yang dikemukan biasanya meliputi perkara-perkara berikut:
a)
Pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan merumus tajuk.
b) Pengetahuan tentang
maksud perkataan atau rangkai kata.
c) Pengetahuan tentang
maksud peribahasa atau simpulan bahasa.
d) Penggunaan olahan
matematik dan soalan-soalan berkaitan sains.
e) Pemahaman
tentang aspek nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.
CONTOH SOALAN PEMAHAMAN
MEMAHAMI CATATAN HARIAN
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
20 Februari 2008
Petang -
Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan kami
disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari
jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah
Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan
akhir tomoi anjuran kerajaan negeri
Kedah.
21 Februari 2008
Pagi -
Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis perasmian dan sambutan untuk
peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke pantai Batu
Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kami
akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran
ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut
pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung
kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat
dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu
terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal menemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan
dari negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai
juara semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka
dalam pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.
23 Februari 2008
Pagi - Selepas sarapan,
semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh dengan tenang, tidak seperti
hari sebelumnya kerana takut kehabisan
tenaga di tengah pelayaran nanti.
Petang - Setelah lima
jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari
negeri Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami
yang muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di
tempat ketiga.
1 Tomoi
ialah........
A nama sejenis seni pertahanan diri
B
nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
C
nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
D nama sejenis permainan yang popular di
Kedah
2 Apakah
tujuan kami ke Pulau Langkawi?
A
Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
B
Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
C Untuk
menyertai pertandingan berkayak
D Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu
Buruk
3 Mengapakah
penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?
A Untuk
menghadiri upcara sambutan dan perasmian
B Untuk mendaftar diri sebagai peserta
pertandingan
C Untuk
memulakan pertandingan kayak itu
D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu
Buruk
4 Pasukan manakah yang menjadi johan
dalam pertandingan kayak itu?
A Pasukan dari negeri Perak
B Pasukan dari Negeri Sembilan
C Pasukan dari negeri Kedah
D
Pasukan dari negeri Selangor
5 Maklumat
manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?
A
Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung
terlibat dalam
pertandingan
itu.
C
Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
negeri Kedah.
D
Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
pertandingan
itu.
MEMAHAMI CATATAN HARIAN
Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
9.15 pagi - Ketua pengawas masuk ke kelas kami. Ketika itu guru kelas tiada.
Kami sedang menyiapkan latihan Matematik. Dia memanggil namaku dan meminta aku segera
ke pejabat Guru Besar. Hatiku berdebar-debar.
Apakah salahku? Adakah kerana aku datang lewat atau menconteng dinding bilik
air?
9.20 pagi - Aku memberi salam lalu
Guru Besar menjemputku masuk ke biliknya.
Guru Besar meminta aku supaya bertenang. Ayah kamu terlibat dalam
kemalangan, beritahu Guru Besar. Aku terduduk. Aku menahan sebak di dada.
Macam-macam pertanyaan bermain di benakku. Cedera parahkah keadaan ayah?
Sekarang ini banyak pula kemalangan maut berlaku, fikirku lagi.
9.30 pagi - Cikgu
Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku membisu sahaja. Fikiranku bercelaru.
10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara
yang rapat telah sampai. Aku meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak
parah, beritahu ibu. Aku menangis tersedu-sedu.
11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayah
terlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah yang pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat
ibu mengesat air matanya.
12.00 tengah hari : Ayah membuka
matanya. Syukurlah ayah telah
sedar daripada pengsan. Ibu
memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibat
kemalangan itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya
berkerut kerana menahan sakit.
2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama
Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak Cik Usin memberitahuku bahawa
motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh dan kakinya tertampan
tiang lampu.
1
Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar
memanggilnya?
A Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik
air
B Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah
C Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil
D Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan
2
Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya?
A Dia berasa amat sedih
B Dia menangis hingga terduduk
C Dia cuba bertenang
dan duduk
D Dia
terkejut dan cuba
menahan perasaan sedih
3
Maksud ‘ membisu ‘ dalam petikan di atas ialah
A menjadi
bisu
B sunyi sepi
C mendiamkan diri
D menenangkan diri
4
Bagaimanakah keadaan ayah penulis
akibat kemalangan itu?
A Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang
B Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah
C Kaki
dan kepalanya berbalut
D Kakinya
patah dan kepalanya luka
5
Semua ini telah menimpa penulis KECUALI
A dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas
B kaki ayah penulis patah akibat tertampan
dengan motosikal
C Cikgu
Izan telah menghantar penulis ke hospital
D penulis
bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya
MEMAHAMI CATATAN HARIAN
Arahan : Baca catatan harian di
bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Jumaat (12 Mac 2008)
Kami pergi ke Pelabuhan
Kataya setelah diberitahu tidak dapat ke
Pulau Buru dengan menggunakan helikopter seperti biasa. Helikopter itu rosak ketika dalam perjalanan
untuk mengambil kami.
Kami tiba di Pelabuhan
Kataya pada waktu petang dan terpaksa menginap di rumah tumpangan kerana tidak
ada bot yang sanggup menghantar kami ke Pulau Buru.
Sabtu (13 Mac 2008)
Kami bangun awal pagi
dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang berani meredah laut bergelora
itu. Kami menemui Pak Mail. Dia sanggup menerima ajakan kami untuk ke
Pulau Buru setelah ditawarkan bayaran yang lumayan.
Jam 2.00 petang, kami
pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua
jam berada dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu,
kawan-kawan saya terbaring lesu kerana mereka mabuk laut.
Aku tidak senasib dengan
kawan-kawanku kerana telah biasa dengan laut.
Waktu senggang itu aku gunakan untuk memancing ikan dari atas geladak.
Tiba-tiba enjin bot
terhenti. Pak Mail turun ke bilik
enjin. Paip minyak pecah, dia
memberitahuku.
Setelah
dua jam dibaiki barulah kami menyambung perjalanan ke pulau itu.
Menjelang malam barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah agak pulih daripada mabuk
laut. Kami memasang khemah agak jauh ke
darat. Malam itu kami tidur dengan
nyenyak kerana keletihan.
Ahad (14 Mac 2008)
Pagi itu, bangkit
daripada tidur kami segera bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulau itu berbatu-batan dan ini menyukarkan
kami bergerak. Kami menyambung kerja
yang terbengkalai minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang
bercuti. Menjelang akhir minggu ini kami
menjangka akan mendapat minyak daripada kerja-kerja penggerudian itu.
1
Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa ke Pelabuhan Kataya?
A Kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari
pelabuhan itu
B Kerana
helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
C Kerana
di Pelabuhan Kataya ada rumah tumpangan
D Kerana
dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Buru
2
Maksud perkataan ‘lumayan’
dalam petikan di atas ialah
A mahal
B cukup
C banyak
D berganda
3
Mengapakah kawan-kawan penulis
mengalami mabuk laut?
A Kerana
tidak biasa dengan laut
B Kerana keadaan ombak besar
C Kerana bot itu turun naik di muka air
D Kerana lama berada di dalam bot itu
4
Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru?
A Untuk berkhemah di pulau tersebut
B Menyambung kerja mencari gali minyak
C Untuk
menyelidik batu-batan di pulau itu
D Untuk
menentukan pulau itu ada minyak atau
sebaliknya
5
Berikut ialah perkara yang tidak menimpa mereka dalam perjalanan ke
Pulau Buru?
A Helikopter yang mereka naiki mengalami
kerosakan
B Kawan-kawan penulis mabuk laut
C Bot
yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin
D Mereka
sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih
lesu
MEMAHAMI CATATAN
Arahan : Baca catatan
di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
15 November 2007
Betapa
pun ibu cuba menyembunyikan berita itu daripadaku, namun berita itu ‘ pecah ‘ juga. Mak Cik Liah yang memberitahuku. Aku amat terkejut. Tidak kuduga duri nibung yang tersusuk di
telapak kaki ayah begitu sekali akibatnya.
Kata
Mak Cik Liah, ayahku mengidap penyakit kencing manis. Luka yang kian membengkak itu akan menjadi
busung, akan melarat hingga ke tulang.
Luka itu tidak akan sembuh. Tiada
jalan lain untuk menyelamatkan ayah melainkan di …… Takut aku hendak menyebut perkataan itu.
Tuhanku, selamatkan ayah, jerit
batinku. Sejak itu, fikiranku
kusut. Selama ini ayah tonggak hidup
kami anak-beranak. Selepas ini, nampaknya beban itu akan terhimpun
di bahu ibu. Ketika itu aku teringat
kepada abangku. Dia sudah lama berhijrah
ke bandar. Pada mulanya kerap juga dia
mengirim wang. Kini, surat jarang
ditulisnya, apatah lagi wang.
Hatiku sebak
memikirkan tentang abang. Mahu sahaja
aku berhenti sekolah dan menolong ibu di kebun getah. Akan tetapi kuat benarkah kudratku untuk
menoreh dan mengutip susu getah? Fikirku.
18 November 2007
Ayah dibedah hari ini. Aku tidak berada di sisinya ketika itu. Yang ada hanyalah ibu dan Mak Cik Liah.
Di sekolah ada ujian percubaan
UPSR. Aku mahu ponteng sahaja tetapi ibu melarang.
Emma
teman baikku memujukku. Dia tahu kemelut
yang melanda hidupku. Dia tahu aku tidak
bersedia untuk peperiksaan ini. Ketika
peperiksaan berlangsung mindaku tidak tertumpu pada kertas soalan. Akhirnya aku menjawab secara rambang.
20 November 2007
Cikgu
Fadil, guru Matematik memanggilku. Belum
sempat aku duduk, dia membaling kertas jawapanku. Mukanya merah padam lantaran terlalu marah
padaku. Hatiku amat gementar.
“Apa
dah jadi dengan kamu ni? Soalan
senangpun salah,” bentaknya keras. Air
mataku meluncur laju. Aku menangis
semahu-mahunya. Cikgu Fadil
tergamam. Hatiku bagai disiat-siat.
1
Perkataan “pecah” dalam petikan
di atas bermaksud
A merebak
B meletup
C terdedah
D bermula
2
Apakah berita yang dikhabarkan oleh
Mak Cik Liah kepada penulis?
A Ayahnya
tertikam duri nibung
B Luka di kaki ayah tidak akan sembuh
C Ayahnya mengidap penyakit kencing manis
D Ayahnya akan menjalani pembedahan
3
Mengapakah fikiran penulis menjadi
kusut?
A Kerana
memikirkan tentang abangnya
B Kerana ayah tidak dapat bekerja lagi
C Kerana
amat risau memikirkan kesukaran hidupnya
D Kerana
takut ayahnya akan meninggal dunia setelah dibedah
4
Penulis tidak dapat menjawab soalan
dalam ujian kerana
A masalah
yang menimpa dirinya
B asyik termenung sahaja
C tidak mengulangkaji pelajarannya
D fikirannya berserabut
5
Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Fadil bertindak sedemikian rupa?
A Kerana
penulis menanda kertas ujian secara rambang
B Kerana tidak menduga keputusan penulis
begitu teruk
C Kerana tidak memahami keadaan penulis
D Kerana selama
ini keputusan penulis sentiasa
cemerlang
Baca petikan di bawah dan jawab
soalan-soalan berikutnya.
Izah rasa benar-benar tersinggung.
Cuti persekolahan kali ini terpaksa dihabiskan bersama-sama ibu dan ayah
sahaja. Cuti persekolahannya tidak
seindah dan seceria cuti Amylia. Penat
lelahnya menghabiskan kerja-kerja sekolah lebih awal daripada biasa tidak
berpada. Susah payahnya mencuci kasut
sepulangnya dari sekolah siang tadi seperti tidak bermakna. Penat fikirannya merancangkan aktiviti
sepanjang percutiannya juga menjadi sia-sia.
“Minggu
depan mereka berjanji akan pulang,” Haji
Din menyatakan pesanan anak-anaknya tadi.
“Ayah
percaya?” tanya Izah yang yakin janji
itu akan dimungkiri lagi.
“Kita
sahajalah yang pergi. Tidak pun Izah
ulang kaji pelajaran sahaja di rumah.” Haji Din cuba memujuk ketika Izah
merungut-rungut kerana marah akan Along dan Angah yang sering mungkir janji.
“Hari-hari
Izah belajar. Cuti sekolah Izah nak
berehatlah pula,” rungut Izah yang masih tidak puas hati. Tadi sebelum waktu terakhir persekolahan, dia
terpaksa mengaku kepada teman karibnya bahawa keluarganya akan ke Pulau
Langkawi pada cuti persekolahan ini.
Izah berasa jengkel kepada Amylia hingga terpaksa mengakui perkara yang
dia sendiri tidak yakin.
“Kita berehat sahaja di rumah. Badan
pun tak penat. Nanti ayah masakkan nasi
tomato kegemaran Izah. ”Bagaimana?” Haji Din memujuk lagi. Dia yang tua pun tersinggung hati apatah
lagi Izah yang masih kanak-kanak.
Namun sebagai orang tua, Haji Din memahami masalah anak-anaknya. Izwan sudah berkeluarga. Izani pula terpaksa balik ke kampung
suaminya kerana bapa mentuanya sakit.
Haji Din yakin suatu hari nanti Izah akan lebih memahami.
1 Bagaimanakah
perasaan Izah apabila mengetahui bahawa abang dan kakaknya tidak dapat
menunaikan janji mereka?
A Tidak
puas hati
B Tersentuh
C Hampa
D Marah
2 Mengapakah Izah beria-ia
untuk bercuti dengan abang dan kakaknya?
A Mereka telah berjanji untuk membawanya pergi bercuti.
B Ayahnya
tidak mahu menemaninya ke Pulau Langkawi.
C Izah
berasa penat menghadap pelajaran sahaja.
D Amylia
juga akan bercuti ke Pulau Langkawi.
3 Siapakah Amylia?
A Kakak Izah
B Kawan Izah
C Anak Haji Din
D Anak jiran Izah
4 Semua perbuatan Izah yang
berikut menunjukkan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk pergi bercuti kecuali
A Izah
telah membereskan kerja-kerja sekolahnya.
B Izah
telah merancangkan aktiviti untuk percutian itu.
C Dia telah
meminta ayahnya memasakkan nasi tomato.
D Dia
mencuci kasut sekolah sebaik-baik sahaja pulang dari sekolah.
5 Haji Din memujuk Izah
dengan
A mengatakan akan memasak nasi tomato kegemaran Izah.
B membenarkan Izah
pergi bercuti bersama-sama abangnya.
C berjanji akan
membawa Izah melawati abangnya.
D membeli hadiah
untuknya.
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kebelakangan
ini aku amat terasa kehilangan sesuatu.
Sebaik saja aku masuk ke
bilik guru, biasanya Noni akan menyapaku terlebih dahulu. Kami saling bergurau sebelum aku ke pejabat
untuk menanda kedatangan. Kemudian,
kami beriringan ke tapak perhimpunan.
Jika kebetulan aku dan Noni tidak ada kelas pada waktu pertama, kami
akan ke kantin. Kami menyambung cerita
semasa di kantin sambil bersarapan.
Di
sekolah, Noni merupakan ketua panitia Bahasa Malaysia. Sebagai ketua panitia, waktu mengajarnya
tidak sebanyak guru penolong biasa.
Masa yang terluang digunakan untuk menyediakan bahan pengajaran,
memantau pengajaran guru, dan sebagainya.
Tegasnya, Noni menggunakan sepenuhnya waktu yang terluang itu. Jika memantau kami, dia amat berhati-hati
memberikan teguran walaupun ada perkara yang tidak kena di hatinya.
Selama
tujuh tahun berkawan, aku tahu benar perangainya. Dia menjadi guru contoh di sekolah
kami. Guru yang bersemangat keras,
rajin, dan pandai bergaul. Dengan itu,
tidak menghairankan jika Noni cepat naik pangkat.
Setiap
tahun sekolah kami mengadakan kursus motivasi untuk para pelajar. Dialah yang menjadi tulang belakang kursus tersebut.
Program-program yang diatur amat berkesan dan dapat mencetuskan
kesedaran dalam kalangan pelajar.
Kini semuanya tinggal kenangan.
Noni ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Sehari sebelum pemergiannya, kami mengadakan
jamuan perpisahan. Ketika menyampaikan
ucapannya, dia mengimbas kenangan silam.
Kehidupannya dibelit kemiskinan, adik-adik banyak dan bapanya meninggal
ketika dia masih kecil. Kesulitan itu
tidak menghalang dia mencapai tahap sekarang – memiliki ijazah sarjana dalam
bidang pendidikan.
Begitulah
secebis kisah hidup Noni, Noni yang tidak sombong, tidak suka merendah
kebolehan orang lain. Justeru, semua
orang terasa kehilangannya lebih-lebih lagi aku. Noni banyak menurunkan ilmu kepadaku,
menyedarkan aku tentang amanah yang akan terus kujunjung.
6 Apakah kehilangan yang dialami oleh ‘aku’?
A Kemesraan
Noni
B Kasih
sayang Noni
C Guru yang
dedikasi
D Kawan yang banyak berbudi
7 Apakah
bukti yang menunjukkan bahawa Noni pandai menjaga hati
kawan-kawannya?
A Dia
jarang marah.
B Cermat menyusun kata-kata.
C Menegur kesilapan dengan baik.
D Pandai bergurau senda dan berjenaka.
8 ’Tulang belakang’ dalam petikan
bermaksud
A orang yang mengepalai sesuatu
program.
B orang yang
berjaya menguatkan semangat seseorang.
C orang yang berjaya menimbulkan
keinsafan di hati seseorang.
D orang yang memainkan peranan penting
dalam sesuatu perkara.
9 Apakah
faktor yang mempengaruhi kejayaan Noni meraih Ijazah Sarjana Pendidikan?
A Nasibnya memang baik.
B Bijak mengatur masa lapang.
C Dia
memang layak memiliki ijazah itu.
D Kemiskinan
bukan penyekat kemajuan.
10 Apakah amanah yang akan
terus kujunjung itu?
A Meneruskan program motivasi pada masa akan datang.
B Mengekalkan hubungan baik dengan Noni.
C Mengajar
dan mendidik anak bangsa.
D Menurunkan
ilmu kepada Noni.
JAWAPAN PETIKAN CERITA
No Soalan
|
A
|
B
|
C
|
D
|
1
|
|
/
|
|
|
2
|
/
|
|
|
|
3
|
|
/
|
|
|
4
|
|
|
/
|
|
5
|
/
|
|
|
|
6
|
/
|
|
|
|
7
|
|
|
/
|
|
8
|
|
|
|
/
|
9
|
|
|
|
/
|
10
|
|
|
/
|
|
Jumlah
|
3
|
2
|
3
|
2
|
LAPORAN TAHUNAN KELAB SAINS
Penaung : En. Abdul Latif bin Razali
( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Cempaka )
Guru Penasihat : Pn. Azalinawati bt. Salleh ( Ketua Panitia
Sains )
Pn. Haslinda bt. Yusof
En. Mohamad Fadhil bin Ahmad Kamil
Pengerusi : Nora Akilah bt. Abdul latif
Naib Pengerusi : Mohamad Anuar bin Hashim
Setiausaha : Nor Nadia bt. Amin
Bendahari : Amirul Aziz bin Nizam
Ahli Jawatankuasa : Burhanuddin b. Khalid
Abdul Manap bin Anwar
Napsiah bt. Nikman
Ahmad Daud bin Jamil
Kelab
ini ditubuh dengan rasminya pada 6 Februari 2007. Sebanyak 162 orang murid telah
diterima menjadi ahli kelab ini.
Pada 12 Februari 2007, Kelab Sains mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama. Mesyuarat yang terbuka kepada ahli kelab
saja telah dihadiri oleh 120 orang.
Pada 25
Februari 2007, kelab ini mengadakan majlis suai kenal. Dalam majlis yang
sederhana ini anggota kelab dapat mengenali antara satu sama lain. Pada 15 Mac
2007, Program Motivasi telah dijalankan untuk memantapkan ketahanan fizikal dan
mental ahli kelab.
Pada
cuti penggal kedua persekolahan, kelab telah mengadakan Pertandingan Rekacipta
bagi melahirkan murid yang kreatif. Di samping itu, kelab juga telah mengadakan
kuiz persahabatan dengan sekolah jiran. Ahli kelab juga telah menghasilkan buku
skrap sains untuk dipamerkan semasa Hari Kokurikulum.
Aktiviti
terakhir yang dijalankan oleh kelab ialah lawatan sambil belajar ke Pusat Sains
Negara dan Akuaria di Kuala Lumpur.
Disediakan oleh, 12
NOVEMBER 2007.
Nor Nadia
( NOR NADIA BT. AMIN )
Setiausaha Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka
1.
|
Bilakah Kelab Sains mengadakan majlis suai kenal?
|
|
|
A
|
6 Februari 2007
|
|
B
|
12 Februari 2007
|
|
C
|
25 Februari 2007
|
|
D
|
15 Mac 2007
|
2.
|
Siapakah yang menjadi penasihat Kelab Sains tersebut?
|
|
|
A
|
Setiausaha kelab
|
|
B
|
Ketua Panitia Sains
|
|
C
|
Guru penasihat kelab
|
|
D
|
Guru Besar
|
3.
|
Apakah salah satu tugas Setiausaha Kelab Sains?
|
|
|
A
|
menulis laporan aktiviti kelab
|
|
B
|
merasmikan penubuhan kelab
|
|
C
|
mendapatkan anggota-anggota baru
|
|
D
|
mempengerusikan mesyuarat ahlijawatankuasa
|
4.
|
Aktiviti yang berikut diadakan selepas majlis suai
kenal, kecuali...
|
|
|
A
|
Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama
|
|
B
|
Lawatan ke Pusat Sains Negara
|
|
C
|
Melawat akuaria
|
|
D
|
Program Motivasi
|
5.
|
Pada pendapat anda, mengapakah kelab tersebut
mengadakan Pertandingan Rekacipta?
|
|
|
A
|
Untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu sains
|
|
B
|
Untuk menjalin hubungan erat antara ahli kelab
|
|
C
|
Untuk melahirkan murid yang berdaya inovatif
|
|
D
|
Untuk menguji ketajaman mental ahli kelab
|
LAPORAN TEMASYA SUKAN KE-32 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
INDAH
Pada 12
Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan temasya sukan kali
yang ke-15. Pelbagai persiapan telah dijalankan supaya temasya sukan berjalan
dengan lancar. Khemah murid dan khemah tetamu telah didirikan. Kawasan
sekeliling padang telah dihiasi dengan bendera berwarna warni. Gerai-gerai
jualan sementara turut didirikan untuk para peniaga.
Pada pukul 2.30 petang, upacara perbarisan bermula. Para peserta berbaris mengikut rumah sukan masing-masing. Seterusnya
upacara lintas hormat dan upacara menaikkan bendera diadakan. Ketua murid
membaca ikrar sukan dan diikuti oleh semua peserta.
Tuan
Haji Idris bin Che Muda, Pegawai Pelajaran Daerah telah menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan temasya sukan ini. Para peserta telah membuktikan
kehandalan masing-masing untuk merangkul gelaran juara bagi seiap acara yang
dipertandingkan serta mengutip mata kemenangan.
Pada pukul 5.30 petang, acara sukan berakhir. Rumah Temenggong
muncul sebagai johan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah kepada para pemenang.
Temasya sukan kali ini dianggap yang
paling meriah sepanjang 15 tahun temasya sukan ini diadakan selain mendapat
kerjasama daripada ibu bapa dan penduduk setempat.
Disediakan
oleh, 22
MAC 2007.
Zarina Hasan
( ZARINA BT. HASAN )
Ketua Murid,
Sekolah Kebangsaan Taman Indah.
1.
|
Bilakah laporan ini ditulis?
|
|
|
A
|
semasa temasya sukan itu berlangsung
|
|
B
|
seminggu selepas acara tamat
|
|
C
|
sehari selepas temasya sukan
|
|
D
|
setelah tetamu pulang
|
2.
|
Manakah antara yang berikut bukan persiapan temasya
sukan tersebut?
|
|
|
A
|
Menghiasi kawasan sekitar sekolah dengan bendera-bendera
|
|
B
|
Membina gerai-gerai sementara
|
|
C
|
Mengecat bangunan sekolah
|
|
D
|
Mendirikan khemah-khemah
|
3.
|
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh ...
|
|
|
A
|
Tuan Haji Idris bin Che Muda
|
|
B
|
Tuan Pegawai Daerah
|
|
C
|
Penyelia Pelajaran
|
|
D
|
Guru Besar
|
4.
|
Perkataan mata dalam petikan bermaksud ...
|
|
|
A
|
pancaindera manusia
|
|
B
|
keputusan pertandingan
|
|
C
|
markah yang diperolehi
|
|
D
|
bahagian tajam untuk memotong
|
5.
|
Apakah yang menjadi faktor utama kejayaan temasya sukan
tersebut?
|
|
|
A
|
Kegigihan murid-murid berlatih sukan
|
|
B
|
Kerjasama daripada semua pihak
|
|
C
|
Kerajinan para guru yang terlibat
|
|
D
|
Kehadiran banyak tetamu
|
Asrama Putera,
Sekolah Kebangsaan Parit,
32800 Parit,
Perak.
23 Julai 2008.
Ke hadapan bonda yang dirindui yang
kini berada di Jerteh, Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Bonda,
Untuk pengetahuan bonda, tujuan
anakanda menulis surat
ini adalah untuk meminta keizinan daripada bonda untuk menyertai ekspedisi ke
Gua Tempurung. Ekspedisi ini dianjurankan oleh pihak sekolah dan tarikh ekspedisi
adalah pada 5 Ogos hingga 6 Ogos 2008.
Saya berharap bonda memberikan
keizinan dan menandatangani borang kebenaran yang anakanda lampirkan.
Selain itu, anakanda ingin meminta sedikit
wang sebanyak RM 100 untuk perbelanjaan semasa ekspedisi nanti.
Untuk pengetahuan bonda, ekspedisi
ini bertujuan untuk mengenali keindahan alam dan keadaan di dalam Gua Tempurung.
Semasa era keganasan komunis gua tersebut telah menjadi tempat persembunyian
komunis daripada pemburuan pihak tentera British.
Oleh itu, anakanda berharap agar
bonda dapat mengizinkan anakanda mengikuti ekspedisi tersebut. Anakanda
berjanji akan menjaga diri dengan baik. Sekian buat kali ini, sambutlah salam
rindu daripada anakanda yang jauh.
Sekian, wasalam.
Anakandamu,
Farhan
1
|
Apakah aktiviti yang ingin disertai
oleh Farhan?
|
|
|
A
|
Menangkap komunis
|
|
B
|
Anjuran pihak sekolah
|
|
C
|
Ekspedisi Gua Tempurung
|
|
D
|
Meminta keizinan daripada ibu
|
2
|
Bilakah aktiviti itu diadakan?
|
|
|
A
|
5 Ogos 2008
|
|
B
|
6 Ogos 2008
|
|
C
|
5 Ogos hingga 6 Ogos 2018
|
|
D
|
5 Ogos hingga 6 Ogos 2008
|
3
|
Nyatakan objektif ekspedisi ini?
|
|
|
A
|
Mengisi masa lapang
|
|
B
|
Menikmati keindahan alam
|
|
C
|
Menikmati keindahan gua dan alam
|
|
D
|
Membantu pihak British menangkap komunis
|
4
|
Mengapakah penulis memerlukan wang?
|
|
|
A
|
perbelanjaan
|
|
B
|
Perbelanjaan sekolah
|
|
C
|
Perbelanjaan alat tulis
|
|
D
|
Perbelanjaan semasa ekspedisi
|
5
|
Berdasarkan perenggan kedua, yang
manakah menggambarkan sikap penulis?
|
|
|
A
|
Jujur
|
|
B
|
Prihatin
|
|
C
|
Bersopan santun
|
|
D
|
Bertanggung jawab
|
Jawapan
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
C
|
D
|
C
|
D
|
D
|
Jamili Bin Ismail,
No.
25, Kampung Sungai Korok,
32800
Parit,
Perak.
3
April 2008.
Menemui
saudaraku yang saya rindui selalu. Apa khabar saudara di samping keluarga? Kami di sini
sihat-sihat sahaja. Tujuan saya menulis surat
ini adalah untuk menceritakan sambutan
hari kantin di sekolah saya.
Untuk
makluman saudara, pada minggu lepas sekolah saya telah mengadakan hari kantin.
Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan sekelas turut melibatkan diri dalam menjayakan program
tersebut.
Kami telah bersetuju untuk menjual burger
dan saya telah dilantik menjadi ketua. Pada peringkat awal, kami telah
berbincang untuk mengagihkan tugas masing-masing.
Semasa hari kantin, gerai kami telah
mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh sebab itu, kami terpaksa memesan
tambahan bekalan roti dan daging burger. Gerai kami menjadi tumpuan kerana rasa burger kami lain daripada yang lain.
Untuk pengetahuan saudara, gerai kami beroleh
keuntungan yang memberangsangkan. Keuntungan sebanyak RM280.00 telah kami
agihkan kepada semua yang terlibat.
Kami berasa sungguh gembira kerana mendapat
pengalaman baru tentang aktiviti berniaga. Saya berharap agar saudara dapat
menceritakan suasana hari kantin di sekolah saudara pula.
Sahabatmu,
Jamili
1
|
Apakah tujuan surat ini ditulis?
|
|
|
A
|
Bertanya khabar
|
|
B
|
Tentang jualan burger
|
|
C
|
Menceritakan
tentang keuntungan
|
|
D
|
Menceritakan sambutan hari kantin
|
2
|
Di manakah program hari kantin di
jalankan?
|
|
|
A
|
Sekolah Jamili
|
|
B
|
Sekolah Jamali
|
|
C
|
Sekolah saudara
|
|
D
|
Sekolah Amin
|
3
|
Apakah yang dijual oleh penulis semasa
hari kantin?
|
|
|
A
|
Burger
|
|
B
|
Burger Otai
|
|
C
|
Burger kami
|
|
D
|
Ramli Burger
|
4
|
Bagaimanakah untuk menarik perhatian
pembeli pada hari kantin?
|
|
|
A
|
Melayan pelanggan dengan baik
|
|
B
|
Menjual barangan yang berlainan
|
|
C
|
Berbincang tentang pengagihan tugas
|
|
D
|
Melakukan pembaharuan kepada menu jualan
|
5
|
Mengapakah program hari kantin penting
kepada murid-murid di sekolah?
|
|
|
A
|
Mengisi masa lapang
|
|
B
|
Menambahkan pengalaman
|
|
C
|
Menjadikan murid-murid sebagai peniaga
|
|
D
|
Mendedahkan murid kepada ilmu perniagaan
|
Jawapan
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
D
|
A
|
A
|
D
|
D
|
Blok A – 4 – 4,
Kampung
Ayer Tawar,
22200
Besut,
Terengganu.
23
Julai 2008.
Menemui
sahabatku Azman yang kurindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga.
Tujuan saya menulis surat adalah untuk
bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di
sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di
sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan
rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Di
samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok
kehidupan nelayan. Pada pagi hari cuti sekolah, saya pergi ke pantai untuk
melihat nelayan-nelayan turun ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu nelayan – nelayan pulang dengan membawa ikan-ikan segar.
Selain itu, masyarakat di sini
kebanyakannya ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Saya mudah mendapat
kawan-kawan baru dan kebanyakannya bersekolah satu sekolah dengan saya. Mereka
sering membantu saya untuk memahami loghat Terengganu.
Untuk
pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di
sini saya tidak mempunyai masalah dalam
pelajaran malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru di sini juga
baik-baik belaka dan selalu memberikan
nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir
sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap saudara sudi
membalas surat
saya dan bercuti di sini.
Sahabatmu
Amirull
1
|
Mengapakah penulis mengutus surat?
|
|
|
A
|
Bertanya Khabar
|
|
B
|
Menceritakan pengalaman
|
|
C
|
Bertanya khabar dan menceritakan pengalaman
|
|
D
|
Menyatakan kerinduan penulis kepada sahabatnya
|
2
|
Berdasarkan petikan, di manakah
tumpuan nelayan mencari rezeki?
|
|
|
A
|
Laut lepas
|
|
B
|
Laut China Selatan
|
|
C
|
Luar Pantai Terengganu
|
|
D
|
Pantai Kampung Ayer Tawar
|
3
|
Apakah yang dapat dipelajari oleh
penulis berkaitan dunia baharunya?
|
|
|
A
|
Mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan
|
|
B
|
Sekolah berhampiran dengan rumah
|
|
C
|
Menunggu nelayan pulang
|
|
D
|
Mendapat ikan-ikan segar
|
4
|
Nyatakan sumbangan penulis di sekolah
baharunya?
|
|
|
A
|
Membantu pustakawan menyusun buku
|
|
B
|
Membantu guru-guru mengemas bilik guru
|
|
C
|
Membantu rakan-rakan yang lemah
|
|
D
|
Membantu guru disiplin
|
5
|
Pilih pernyataan yang benar tentang
diri penulis.
|
|
|
A
|
Kera sumbang
|
|
B
|
Keras hati
|
|
C
|
Tangkai jering
|
|
D
|
Baik hati
|
Jawapan
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
C
|
B
|
A
|
C
|
D
|
Anda juga boleh mendapatkan infomasi mengenai KERTAS KEFAHAMAN DARI LINK di bawah:
Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu. Mohon share petikannya.
ReplyDelete