1. Ada air, adalah
ikan
[Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
2. Ada angin, ada
pokoknya
[Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
3. Ada bangkai adalah
hering
[Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki
jahat]
4. Ada gula adalah
semut
[Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah
banyak orang berkumpul]
5. Adakah buaya
menolak bangkai?
[Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan
untuk berbuat jahat]
6. Ada padi semua
kerja jadi, ada beras semua kerja deras
[Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan
sempurna jika cukup upahnya]
7. Ada ubi ada batas,
ada budi ada balas
[Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat
balasan yang baik juga]
8. Ada udang di
sebalik batu
[Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
9. Air dicencang tidak
akan putus
[Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]
10. Air digenggam
tidak tiris
[Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila
berbelanja]
11. Air mudik sungai,
semua teluk diranai
[Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
12. Air pun ada pasang
surutnya
[Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala
susah]
13. Air
yang tenang jangan disangka tiada buaya
[Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
penakut]
14. Alah
bisa, tegal biasa
[Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap
dilakukan]
15. Alah
jadi abu, menang jadi arang
[Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah,
kedua-dua pihak mendapat kerugian]
16. Alah
membeli, menang memakai
[Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit
asalkan barang itu tahan lama]
17. Alah
sabung, menang sorak
[Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap
besar]
18. Alang-alang
berminyak biar licin
[Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan
sehingga selesai]
19. Alang-alang
mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin
[Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
20. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
[Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan
yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
21. Anjing bercawat
ekor
[Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu
atau sebagainya]
22. Anjing biasa makan
tahi, jika tidak makan, dicium ada juga
[Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat,
sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]
23. Anjing ditepuk
menjongket ekor
[Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan
menjadi sombong]
24. Apa peduli pada
kukuran, nyiur juga yang akan habis
[Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu
kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
25. Apa kurang pada
belida, sisik ada tulang pun ada
[Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
26. Aur ditanam betung
tumbuh
[Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
27. Ayam baru belajar
berkokok
[baru cukup umur]
28. Ayam berinduk,
sirih berjunjung
[Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan
perlindungan]
29. Ayam bertelur di
atas padi, mati kelaparan
[Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan
makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan
orang kaya]
30. Ayam ditambat
disambar helang, padi di tangan lalang
[Nasib yang malang]
31. Ayam tak patuk,
itik tak sudu
[Seseorang yang hina dalam masyarakat]
32. Ayam sudah patah,
kalau-kalau dapat menikam
[Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan
berubah nasibnya]
33. Bagaimana acuan
begitulah kuihnya
[Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan
anaknya]
34. Bagaimana bunyi
gendang, begitulaqh tarinya
[Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu
dilakukan]
35. Bagaimana tidak
menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh
[Berasa hairan melihat orang yang berketurunan
baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
36. Baharu bertatih
hendak berlari, langsung tersembam
[Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan
ditimpa kesusahan]
37. Bahasa menunjukkan
bangsa
[Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan
sesuatu bangsa itu]
38. Bakar air hendakkan
abu
[Membuat pekerjaan yang mustahil]
39. Bangkai gajah
bolehkah ditudung oleh nyiru?
[Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat
disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]
40. Banyak udang
banyak garam, banyak orang banyak ragam
[Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan
pendapat yang tidak sama]
41. Barang tergenggam
jatuh terlepas
[Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba
terlepas ke tangan orang lain]
42. Baharu bertunas
sudah dipetik, masakan boleh hidup
[Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
43. Baharu dianjur,
sudah tertarung
[Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan
pelbagai masalah]
44. Batu direbus
masakan empuk
[Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak
akan pandai]
45. Bau cekur jerangau
ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga
[Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]
46. Baung di bawah
bangkar
[Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung
pangkalnya]
47. Belakang parang
kalau diasah nescaya tajam
[Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh
akhirnya dia akan pandai juga]
48. Belum disuruh
sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
[Orang yang arif dan rajin]
49. Belum duduk sudah
berlunjur
[Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembira]
50. Belum tahu lagi,
ayam sedang berlaga
[Belum ada keputusan]
51. Belut pulang ke
lumpur, ikan pulang ke lubuk
[Kembali ke tempat asalnya]
52. Berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang
kemudian
[Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat
kesenangan]
53. Beranak tidak
berbidan
[Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]
54. Berani kerana
benar, takut kerana salah
[Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
55. Berapa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul
[Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung
kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
56. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
[Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada
susah atau mudah]
57. Berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah
[Dua orang yang setaraf dan sepadan]
58. Berhakim kepada
beruk
[Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu
mendapat kerugian]
59. Berkerat rotan
berpatah arang
[Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh
berbaik-baik semula]
60. Berlindung di
sebalik telunjuk
[Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan
rahsia itu telah diketahui orang]
61. Berniaga buluh
kasap, hujung hilang pangkal lesap
[Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya,
hanya akan mendatangkan kerugian]
62. Bertali boleh
diheret, bertampuk boleh dijinjing
[Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana
ada bukti yang dapat dipegang]
63. Bertanam tebu di
bibir mulut
[Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau
memuji]
64. Bertemu buku
dengan ruas
[Bertemu lawan yang sama-sama handal]
65. Bertelingkah antan
di lesung, ayam juga yang kenyang
[Perselisihan faham antara dua saudara tentang
sesuatu, orang lain juga yang beruntung]
66. Besar periuk,
besarlah keraknya
[Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
67. Besar pasak
daripada tiang, besar sandal daripada gelegar
[Lebih besar belanja daripada pendapatan]
68. Biduk lalu
kiambang bertaut
[Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula
sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
69. Bila kucing tidak
bergigi, tikus berani melompat tinggi
[Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya
tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]
70. Bodoh tidak dapat
diajar, cerdik tidak dapat diikut
[Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
71. Bukan tanah
menjadi padi
[Bukan tempatnya untuk berbuat baik]
72. Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat
[Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah
hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]
73. Bumi mana tak
ditimpa hujan
[Manusia tidak lepas daripada membuat
kesalahan]
74. Bunga disunting,
perlu ditendang
[Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi
membenci mentuanya]
75. Bunga raya kembang
pagi
[Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
76. Bunga mekar di
taman, baunya semerbak ke mana-mana
[Gadis yang cantik akan mashyur dan
menjadi sebutan di mana-mana]
77. Buruk perahu buruk
pangkalan
[Seorang suami yang telah bercerai dengan
isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]
78. Burung hantu
kesiangan
[Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
79. Burung terbang
dipipiskan lada
[Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi
rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
80. Cacing hendak
menjadi naga
[Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang
berpangkat tinggi]
81. Cacing menelan
naga
[Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan
dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
82. Cakap
berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
[Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan
tiada]
83. Cakap sejengkal
dibawa sehasta
[Perkara yang kecil diperbesar]
84. Calak-calak ganti
asah, menanti tukang belum datang
[Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
85. Cari umbut kena
buku
[Mencari yang baik, mendapat yang buruk]
86. Carik-carik bulu
ayam, lama-lama bercantum juga
[Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]
87. Cencaru makan
petang
[Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan
hasil yan baik dan lumayan]
88. Condong ditumpil,
lemah dianduh
[Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan
sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]
89. Condong yangv akan
menongkat, rebah yang akan menegakkan
[Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya
jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
90. Cuba-cuba menanam
mumbang, jika hidup turus negeri
[Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga,
mungkin akan mendatangkan hasil kelak]
91. Dada manusia tidak
dapat diselami
[Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita
ketahui]
92. Dalam kilat ada
kilau
[Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu
maksud yang tersembunyi]
93. Daun mengenalkan
pohonnya
[Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali
peribadinya]
94. Dari jauh diangkat
telunjuk, kalau dekat diangkat mata
[Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
95. Datang seperti
rebut, pergi seperti semut
[Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat
pulih]
96. Datang tak berjemput,
pulang tak berhantar
[Tetamu yang tidak penting]
97. Daun dapat
dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
[Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih
kepada anak orang lain]
98. Dekat dapat
ditunjal, jauh dapat ditunjuk
[Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan
kebenarannya]
99. Dengar cakap
enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk
[Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah
diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang
kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]
100. Deras datang
dalam kena
[Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan
mendatangkan kerugian]
101. Diam-diam ubi
berisi, diam-diam penggali berkarat
[Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang
yang bodoh itu sia-sia sahaj]
102. Diam penggali
berkarat
[Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
103. Dianjak layu,
dianggur mati
[Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
104. Dibakar tidak
hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus
[Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang
yang keras hati atau berkuasa]
105. Dibalik-balik
bagai memanggang
[Difikirkan semasak-masaknya]
106. Dihujani kering,
dijemur basah
[Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang
lain]
107. Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
[Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
108. Di mana anjing
menyalak di situlah biawak memanjat
[Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah
puncanya di tempat kejadian itu]
109. Di mana kayu
bengkok, di situlah musang meniti
[Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi
pencuri]
110. Di mana tempat
kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala
[Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang
miskin bergantung kepada yang kaya]
111. Di mana tumbuh,
di situ disiang
[Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan,
hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
112. Ditelan mati
emak, diluah mati bapak
[Dalam keadaan serba salah]
113. Dua badan
senyawa
[Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup
semati; sangat karib]
114. Dua kali dua
empat
[Dua orang yang sama sifat atau perangai]
115. Duduk berkisar,
tegak berpaling
[Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
116. Duduk dengan
cupak dan gantang
[Mendapat ketua yang adil]
117. Dulu besi
sekarang timah
[Seorang yang telah turun pangkat]
118. Elok kata dalam
muafakat, buruk kata di luar muafakat
[Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan
dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
119. Emas berpeti,
kerbau berkandang
[Harta benda harus disimpan di tempat yang betul
supaya selamat]
120. Enak lauk
dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang
[Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
121. Enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing
[Orangyang mementingkan diri sendiri]
122. Enau sebatang dua
sigainya
[Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua,
tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]
123. Enggang lalu
ranting patah
[Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan
berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak
melakukannya]
124. Enggang sama
enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama
[Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama taraf
kedudukannya]
125. Gagak bersuara
murai
[Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi
bahasanya]
126. Gajah berak besar
kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
[Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya,
akhirnya menderita]
127. Gajah mati
meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
[Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya
setelah meninggal dunia]
128. Gajah mati,
tulang setimbun
[Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak
meninggalkan harta]
129. Gajah sama gajah
berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
[Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang
menderita]
130. Gantung tak
bertali, salai tak berapi
[Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa
memberi nafkah atau menceraikannya]
131. Garam dikulum
tidak hancur
[Orang yang pandai menyimpan rahsia]
132. Garam jatuh di
air
[Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
133. Gayung tua,
gayung memutus
[Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
134. Gemuk membuang
lemak, cerdik membuang kawan
[Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong
atau bergaul dengan keluarga sendiri]
135. Geruh tak
berbunyi, malang tak berbau
[Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
136. Getikkan puru di
bibir
[Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun
perangai mereka buruk]
137. Gigi dengan lidah
adakala tergigit juga
[Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih
faham juga]
138. Gigi tanggal,
rawan murah
[Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan
lagi]
139. Gunung yang
tinggi akan runtuh jika setiap hari digali
[Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak
ditambah]
140. Hanya air dingin
yang dapat memadamkan api
[Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati
yang marah]
141. Hapus panas
setahun oleh hujan sehari
[Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat
kesalahan yang sedikit]
142. Harapkan pagar,
pagar makan padi
[Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu,
mengkhianati kepercayaan itu]
143. Hari guruh takkan
hujan
[Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai
memukul orang lain]
144. Harimau mengaum
tak makan orang
[Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak
berniat membenci atau menganiaya orang lain]
145. Harimau
menunjukkan belangnya
[Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
146. Harimau
menyembunyikan kukunya
[Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan
kebolehannya]
147. Hasrat hati
hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
[Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau
dicita-citakan]
148. Hati bak
serangkak dibungkus
[Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
149. Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah
[Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama
mendapat sedikit]
150. Hendak harum
terlalu hangit
[Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya,
mendapat malu]
151. Hendak dapat
pisang terkupas
[Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]
152. Hendak seribu
daya, hendak seribu dalih
[Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk
mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan
akan diberikan]
153. Hendak terbang
tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki
[Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]
154. Hilang bahasa
lenyap bangsa
[Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti
bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
155. Hidung tak
mancung, pipi tersorong-sorong
[Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada
orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian
terhadapnya]
156. Hidup dikandung
adat, mati dikandung tanah
[Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau
adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
157. Hitam-hitam tahi
minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang
[Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan
manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
158. Hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
[Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding
dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]
159. Hujan, tempat
berteduh; panas, tempat berlindung
[Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang
lain yang mendapat kesusahan]
160. Hujung lurus
pangkal berkait
[Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
161. Hutang darah
dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya
[Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan
kesalahannya]
162. Ikut hati mati,
ikut rasa binasa, ikut suka duka
[Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu
akhirnya mendatangkan kesusahan]
163. Indah khabar
daripada rupa
[Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang
digambarkan]
164. Ini hari orang,
esok hari kita
[Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah
sentiasa beringat-ingat]
165. Intan disangka
batu kelikir
[Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
166. Intan itu jika
terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya
[Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]
167. Jauhari juga yang
mengenal manikam
[Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan
sesuatu ilmu]
168. Jauh berjalan
banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa
[Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang
dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah
pengalamannya]
169. Jauh panggang
dari api
[Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh
berlaku]
170. Jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
[Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati]
171. Jika tidak kerana
angin masakan pokok bergoyang
[Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang
yang berkata-kata tentang hal itu]
172. Jika ular
menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya
[Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh
darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
173. Jiwa bergantung
di hujung rambut
[Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
174. Jual sutera beli
mastuli
[Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
175. Kail sebentuk
umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut
[Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup
untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
176. Kain basah kering
di pinggang
[Keadaan orang yang terlalu miskin]
177. Kais pagi makan
pagi, kais petang
[Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
178. Kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
[Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia
pergi akan tetap menjadi baik]
179. Kalau bertepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi
[Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi
daripada satu pihak sahaja]
180. Kalau bukan
rezeki, di mulut lari ke luar
[Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai
milik sendiri]
181. Kalau dicampak
bunga takkan dibalas dengan tahi
[Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan
kejahatan]
182. Kalau pandai
meniti buih, selamat badan sampai ke seberang
[Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan
selamat]
183. Kalau secupak takkan
jadi segantang
[Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah
lagi]
184. Karam berdua
basah seorang
[Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang
sahaja yang dihukum]
185. Kasihkan anak
tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
[Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]
186. Kata seorang
dibulati, kata bersama diperiakan
[Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi
urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
187. Ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni
[Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi
kesusahan]
188. Kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa
[Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan
rupa/ umurnya]
189. Kecil tapak
tangan nyiru ditadahkan
[Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana
nasihat atau pertolongan orang lain]
190. Ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi?
[Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan
turun kepada anaknya]
191. Kena parang
bermata dua
[Sangat menyakitkan hati (perasaan)]
192. Kepala sama
hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
193. Kerbau dipegang
pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
[Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]
194. Kerbau sekawan
boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal
[Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak
tercemar]
195. Keris pedang
tiada tajam, lebih tajam mulut manusia
[Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
196. Kerja bertangguh
tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
[Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan
dapat diselesaikan]
197. Kerja raja
dijunjung, kerja sendiri dikelek
[Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada
kerja sendiri]
198. Kesat-kesat daun
pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur
[Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya
di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
199. Ketam menyuruh
anaknya berjalan betul
[Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu
dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
190. Ke tengah boleh
ke tepi pun boleh
[Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia
berada]
191. Kita baru
mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang
[Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud
lebih dahulu daripada orang lain]
192. Kokok
berderai-derai, ekor bergelumang tahi
[Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti
orang kaya]
193. Kuman di seberang
laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan
[Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi
kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
194. Kundur tidak
melata pergi, labu tidak melata mari
[Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada
kedua-dua belah pihak]
195. Lagi terang lagi
bersuluh
[Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya
lagi]
196. Lain bengkak lain
bernanah
[Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula
yang dpersalahkan]
197. Lain dulang lain
kakinya, lain orang lain hati
[Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
198. Lain lubuk, lain
ikannya
[Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
199. Lalang ditanam
takkan padi yang tumbuh
[Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang
baik]
200. Laut mana yang
tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan
[Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan
kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
201. Lemak-lemak
santan berlada
[Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi
sindiran yang tajam]
202. Lembah diraih,
pantai dititi
[Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu
perintah atau arahan]
203. Lembu punya susu,
sapi dapat nama
[Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain
pula yang mendapat nama]
204. Lembut gigi
daripada lidah
[Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri
kerana berhajatkan sesuatu]
205. Lempar batu
sembunyi tangan
[Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura
tidak tahu]
206. Lenggang-lenggok
bagai cupak hanyut
[Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
207. Lengkuas di tepi
kandang, tegak puas badan menyandang
[Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung
akibatnya]
208. Lepas bantal
berganti tikar
[Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau
suami yang telah meninggal dunia]
209. Luka sudah
hilang, parut tinggal juga
[Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah
berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
210. Lulus jarum lulus
kelindan
[Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain
akan tercapai juga]
211. Mahu seribu daya,
tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba
untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai
alasan akan diberikan]
212. Makan hati
berulam jantung
[Perasaan sedih yang amat sangat]
213. Makan keringat
orang
[Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
214. Makin murah makin
menawar
[Seseorang yang telah dituruti kehendaknya,
berkehendakkan lebih lagi]
215. Malu jika anak
harimau menjadi anak kambing
[Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
216. Malu bertanya
sesat jalan
[Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat
kejayaan]
217. Manikam itu kalau
jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
[Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
tiada akan hilang cahayanya]
218. Mara jangan
dicari, rezeki jangan ditolak
[Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari
tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
219. Marahkan pijat
kelambu dibakar, tidur terdedah
[Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan
yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
220. Masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
[Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah
mengikuti adat resam masyrakat di situ]
221. Masuk telinga
kanan keluar telinga kiri
[Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
222. Melentur aur/
buluh biarlah dari rebungnya
[Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana
apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]
223. Meludah ke
langit, timpa atas batang hidung sendiri
[Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang
malu]
224. Membasuh arang
yang terconteng di muka
[Menghilangkan aib]
225. Membeli kerbau di
padang
[Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
226. Memberakkan
periuk nasi sendiri
[Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita
bekerja]
227. Membesarkan kerak
nasi
[Berbelanja lebih dan membazir]
228. Membujur lalu
melintang patah
[Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
229. Memulangkan paku
buah keras
[Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
230. Menabur benih di
atas batu
[Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas
budi tentulah sia-sia]
231. Menabur benih di
tanah subur
[Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
232. Menahan lukah di
pergentingan
[Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil
kesempatan daripada orang yang susah]
233. Menantikan kucing
bertanduk
[Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
234. Menantikan nasi
disajikan ke lutut
[Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan
kesenangan datang kepadanya]
235. Mencurahkan air
di daun keladi
[Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu
menerimanya]
236. Mendengar guruh
di langit, air di tempayan dicurahkan
[Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang
yang ada dihabiskan atau dibuang]
237. Menetak dengan
belakang parang
[Menyuruh orang malas bekerja]
238. Mengata dulang
paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih
[Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri
sendiri tidak disedari]
239. Minyak takkan
bercampur dengan air
[Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
240. Muka ditampal
kulit babi
[Orang yang berasa amat malu]
241. Mulut tempayan
boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya
[Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke
mana-mana sahaja]
242. Murai berkicau
hari siang
[Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
243. Naga ditelan ular
lidi
[Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag
kebanyakan]
244. Nak menangguk
ikan, tertangguk batang
[Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
245. Nasi masak periuk
pecah
[Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta
belas kasihan lagi]
246. Nasi sama
ditanak, kerak dimakan seorang
[Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi
keuntungannya diambil seorang]
247. Nasi sudah
menjadi bubur
[Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan
lagi]
248. Nasi tak dingin,
pinggan tak retak
[Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
249. Nasib penyapu,
banyak jasa
[Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan
sehingga merosakkan diri sendiri]
250. Ombaknya
kedengaran, pasirnya tidak kelihatan
[Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum
ada]
251. Orang berbudi
kita berbahasa, orang memberi kita merasa
[Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus
membalasnya dengan baik]
252. Orang lain yang
makan nangka, orang lain yang terkena getah
[Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula
yang menerima akibatnya]
253. Orang mandi
berselam, kita mandi bertimba
[Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat
keuntungan kecil]
254. Orang mencubit,
kita menampar
[Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama
sahaja]
255. Orang mengantuk
disorongkan bantal
[Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa
gembira]
256. Padi setangkai
bernas semuanya
[Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
257. Patah kemudi
perahu hanyut
[Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan
kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
258. Patah tumbuh
hilang berganti
[Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
259. Penyu bertelur
beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
[Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam
diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh
memberitahu orang lain tentang hal itu]
260. Perahu papan
bermuat intan
[Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
261. Pinang pulang ke
tampuk
[Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami
isteri yang telah bercerai berbalik semula]
262. Pipit hendak
meminang enggang
[Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
263. Pipit pekak makan
berhujan
[Sangat rajin]
264. Pokok yang besar
juga yang dinaiki sakat
[Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
265. Pucuk dicita,
ulam mendatang
[Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang
diharapkan]
266. Pukul anak sindir
menantu
[Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu
ditujukan kepada orang lain]
267. Punggur rebah
belatuk menumpang mati
[Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh,
anak buahnya turut menerima akibatnya]
268. Raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah
[Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan
disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
269. Rajin bekerja
mudah belanja
[Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
270. Rantai besi
dimakan bubuk
[Cerita yang tidak logik]
271. Rasa pedih cuping
telinga
[Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang
menyakitkan hati]
272. Rebung tidak jauh
dari rumpun
[Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai
ibu bapa mereka]
273. Rezeki helang
takkan dapat dimakan oleh musang
[Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
274. Ringan mulut
berat punggung
[Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
275. Ringan sama
dijinjing, berat sama dipikul
[Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
276. Ringan tulang
berat perut
[Rajin bekerja mudah belanja]
277. Rosak anak oleh
menantu
[Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan
kepadanya]
278. Rosak badan
kerana mulut
[Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa
berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]
279. Rosak bawang
ditimpa jambak
[Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya
sendiri]
280. Rosak tapai
kerana ragi
[Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan
sempurna]
281. Rumah sudah pahat
berbunyi
[Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat
keputusan]
282. Rumah terbakar
tikus habis keluar
[Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah
negara, rakyat negara itu akan melarikan diri]
283. Runcing taduk
berbelang kening
[Sudah terkenal jahatnya]
284. Sakit sama
mengaduh, luka sama menyiuk
[Sama-sama ikut bertanggungjawab]
285. Sambil berdiang,
nasi masak
[Membuat dua kerja dalam satu masa]
286. Sambil menyelam
minum air
[Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
287. Sebesar-besar
bumi ditampar tak kena
[Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk
membuatnya]
288. Sebusuk-busuk
daging dibasuh, dikincah dimakan jua
[Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau
kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
289. Sedangkan bah
kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang
[Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup
senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
290. Sekali air bah
sekali pantai berubah
[Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
291. Sekali jalan
terkena, dua kali jalan tahu
[Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan
datang]
292. Sepandai-pandai
tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
[Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan
melakukan kesilapan]
293. Sepuluh jong
masuk, anjing bercawat ekor juga
[Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
294. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
[Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat
hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
295. Sesat di hujung
jalan, balik ke pangkal jalan
[Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan,
hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
296. Siapa makan
nangka, maka kena getahnya
[Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang
menanggung akibatnya]
297. Siapa makan cili
dialah berasa pedas
[Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa
bersalah apabila orang lain menyindirnya]
298. Si bingung
makanan si cerdik
[Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang
yag cerdik]
299. Si kudung
mendapat cincin
[Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi
tidak tahu menggunakannya dengan baik]
300. Si mandul baru
beranak
[Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak
disangka-sangka]
301. Sirih naik junjungan
patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat
kecelakaan]
302. Sudah dapat
gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
[Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang
lama ditinggalkannya]
303. Sudah diludah,
dijilat balik
[Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
304. Sudah gaharu
cendana pula
[Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah
diketahui]
305. Sudah jatuh
ditimpa tangga
[Mendapat kemalangan yang berturut-turut]
306. Sudah menjadi abu
arang
[Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
307. Sudah patah yang
bertaji
[Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
308. Sudah terhantuk
baru tengadah
[Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu
muslihat]
309. Sukakan kemenyan,
dibakar
[Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan
seluas-luasnya]
310. Tak dapat tanduk
telinga dipulas
[Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat
membalas dendam]
311. Takkan buaya
menolak bangkai
[Orang yang berperangai jahat susah hendak
meninggalkan perangai buruk itu]
312. Takkan pisang
berbuah dua kali
[Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
313. Takkan sama getah
daun dengan getah batang
[Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama
dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
314. Tak sungguh
seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga
[Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya
semula]
315. Tak tahu membalas
guna
[Tidak tahu membalas budi orang]
316. Tak tahu menari
dikatakan lantai jongkang-jongket
[Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
317. Takut jatuh lain
tertiarap, takut titik lalu tumpah
[Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
318. Tanam padi lalang
yang tumbuh
[Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan
keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
319. Tatang (Menatang)
di anak lidah
[Sangat mengasihi anak isteri]
320. Tebas buluh
serumpun
[Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak
baik]
321. Tebu habis manis,
sepah dibuang
[Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya
tidak menarik lagi]
322. Telinga yang
lembut itulah selalu dipulas orang
[Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi
suruhan orang]
323. Tempayan yang
penuh itu tidak berkocak airnya
[Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak
akan menonjolkan diri]
324. Tepuk dada tanya
selera
[Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
difikirkan habis-habis]
325. Terkilat ikan
dalam air, sudah tahu jantan betina
[Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud
seseorang daripada gerak-gerinya]
326. Terlangsung
perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik
[Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata
yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
327. Terlepas dari
mulut buaya masuk ke mulut harimau
[Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat
bahaya yang lain pula]
328. Tiada beban batu
digalas
[Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri
sendiri]
329. Tiada gading yang
tak retak
[Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang
itu tentu ada cacatnya]
320. Tiada rotan akar
pun berguna
[Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang
kurang baik pun boleh digunakan juga]
321. Tidak sama air
hujan dengan air telaga
[Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
322. Tidur tak lena, mandi
tak basah
[Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
323. Tinggal kain
sehelai sepinggang
[Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]
324. Tong yag
kosonglah yang selalu berkocak
[Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
325. Tua-tua keladi,
semakin tua semakin menjadi
[Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
326. Tukang tidak
membuang kayu
[Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati
dalam segala perkara]
327. Tunggang hlang
berani mati
[Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk
membela agama, bangsa, dan negara]
328. Tunggul terbakar
di tengah huma
[Rupa yang hitam]
329. Untung sepanjang
jalan, malang sekejap mata
[Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
320. Ukur baju di
badan sendiri
[Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan
dengan kemampuan diri sendiri]
321. Ular dipalu
biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang
[Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan
cermat, bijak, dan berhati-hati]
322. Ulat di dalam
batu pun hidup juga
[Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
323. Untung sabut
timbul, untung batu tenggelam
[Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat
keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
324. Upah bidan pun
tak terbayar
[Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
325. Usul menunjukkan
asal, bahasa menunjukkan bangsa
[Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita
menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka
yang tidak baik]
326. Walau disepuh
emas lancang, kilat tembaga tampak juga
[Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu
kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
327. Wayang kepadaman
damar
[Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
328. Ya sepanjang
hari, janji sepanjang jalan
[Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
329. Yang berhutang
terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher
[Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang
berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu
melarikan diri]
330. Yang bulat datang
bergolek, yang pipih datang melayang
[Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di
mana-mana sahaja]
331. Yang bongkok juga
dimakan sarung
[Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
332. Yang disuruh
tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam
[Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas,
akhirnya sia-sia belaka]
333. Yang dikejar tak
dapat, yang dikendong berciciran
[Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang
ada dibuang]
334. Yang rendah
terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat
[Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]
335. Yang tajam
tumpul, yang bisa tawar
[Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat
menyelesaikan segala sengketa]
336. Zaman beralih,
musim bertukar
[Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan
masa]
337. Zaman Tuk Nadur
berkajang kain
[Zaman yang telah lalu; sangat lama]
Untuk lebih menyeronokkan belajar peribahasa, layari :
Untuk lebih menyeronokkan belajar peribahasa, layari :
No comments:
Post a Comment